11 February 2012

Nota Cinta buat Pemilik Tulang Rusukku

Assalamualaikum wbt. :)

ihiks. gedik kan tajuk. nevermind. benda ni umum kot. aku bukan serius pon woihh. chill laaa. korang ni pantang cerita kahwin, suami, isteri ke semua laju je korang kan. heee. mood kahwin lagi sekarang ni sejak kenduri baru lepas haritu. *bajet cam gua je kahwin kann. booo ! * aku baru post pasal kenduri kahwin kakak aku semalam. amboiii kemain laju rancak korang bukak kan. traffic aku jam tiba tiba. *menyampah* hiks. pastu ade jugak tuhh yang tak menyempat nak aku kahwin sekali. chill yeahh sahabat sekalian. bila aku nak kahwin nanti aku kirim kad besar alam wangi punyaa lahh kat rumah korang okayy. *wink*

:oke korang yang baca komen2 tuh jangan laa series lak. aku ngn member aku guro je. wan memang suka wat lawak antarabangsa dengan aku kan wan. so aku taram layan jelaaa. aku tak kaco pakwe orang laa brooo. heh heh heh :D :

dah dah OT lak tetiba. sebenarnya aku nak cerita sikit ni. sebab dah umur dah masuk angka dua kat depan ni so makin ramai laa orang sekeliling sinun sini cakap pasal kahwin. oke aku admit memang kalau dolu dolu aku eksaited gila lahh kan. sekarang pun eksaited jugak. hik hik. tapi takde laa gilaa. macam, OHHHH gitewww jewww. hiks. semua budak baya aku sekarang sibuk cakap pasal kahwin awal. semua macam wahhh besnye, untungnya budak tu budak ni dah kahwin. comelnyewwwwwww ihewks ihewks. *gedik oke eww eww tu*

so here we goes ini pendapat aku for isu kahwin awal ni. bagi aku lah kan, there's nothing wrong pasal kahwin awal ni in fact memang bagus sebenarnya. TAPI tu pun kalau korang dah ada calon dan betul serius. kalau tak serius ataupun tak pasti wehh korang boleh lupakan laa niat korang tu ehh. kahwin pada aku is more than mengelakkan maksiat, hidup berdua bersama and all that. kahwin is about everything in your life. bila kahwin semua benda kau sengsorang dulu, kini adalah hak bersama pasangan. everything is about sharing. ouhh suweeeet. err ? sweet sweet jugak tapi benda ni is for your forever life. bukan takat dua tiga tahun je. and yeahh, korang kena betul plan dan serius dalam hal ni. serius okay.

kalau dulu orang cakap pasal kahwin awal, aku lahh macam "YESSSSS. aku nakkkkkkkkkk." apekahh =.="
tapi sekarang tidak lagi. ouhh Laili dah matang. awhhhhhhh *PANGGG!!*
kalau ada orang nak kahwin masa belajar, aku rasanya tak kottt. sebabnyaaa.. aku bukan laa jenis yang impian tinggi melambung sangat tapi ermm well, aku rasa aku kena achieve beberapa matlamat dalam hidup aku sebelum aku nak mengenal cinta nehh. aicehh fewwitt. banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk lagi benda aku belum mampu nak buat sendiri ni kan pulak aku nak jaga anak orang kann. dan banyakkkkkkkkkk lagi aku perlu belajar dalam hidup berdikari sebelum aku dapat hidup bersama suami. ehh ehh. hiks :P

sekarang, aku dah insaf. aicehh. aku tak sibuk kejar cinta sebab aku sibuk dalam hal lain. macam aku pernah cakap, untuk degree, aku nak berjaya sejaya-jayanya sebab aku nak banggakan mak ayah aku. aku nak, selagi terdaya dan ada peluang ni aku nak sekali tengok diorang menangis dengan kejayaan aku. katakan lahh kalau aku kahwin, memang lahh ade pendorong bersama kita kan. tapi aku tak yakin kalau aku boleh fokus sefokusnya sama macam kalau aku sorang-sorang. like ermm, memang lahh pasangan kau akan cakap "alahh takpe awak belajar je saya tak ganggu awak." tapi sebagai isteri mesti laa kau akan rasa macam bersalah tak layan suami kan. aite ? aite ? heee

lagipun, aku ni banyak kekurangan lagi. ibadah pun terkontang kanting. acanne nak didik anak-anak nanti kan. hehehe. lagipun impian nak lelaki soleh tu tinggi tak hengat. jadi kena laa solehahkan diri dulu kalau nak impian tercapai kan, hihihi.

jadinya dah ape je aku merepek ehh ? haha. cumanya pesan aku kat korang tak payah laa sibuk sangat berangan nak kahwin awal. kalau sampai jodoh korang, sampai laa. nak jeles kat member sebaya yang dah kahwin ? bandingkan mereka dengan kita kenapa Allah dah temukan jodoh mereka. kita ni jauhhhhh lagi dari diorang kot. okay aku je laa aku. diorang semua hebat kot. hehe. semoga mereka semua berbahagia hingga ke syurga.

baru sampai motif tajuk, makanya buat pemilik tulang rusukku, ini pesanku untukmu :)

*aku ingin menjadi yang solehah buatmu maka solehkanlah dirimu. [ehh boleh ke cenggini. haha]
*yakinlah pada jodoh kita kerana Dia dah tentukan yang terbaik untuk kita.
*kalau nak datang pinang saya, tunggu laa saya dah grad ehh. jangan laa mengejut nanti terkejut badak mak ayah itewww. hik. tak pun dah dapat pHd nanti ke. eh tanaklahh lambat sangat. master ke ehh. nanti kita buat pHd sesame ehh. heu heu heu. :P
*dan andai kata kau jodohku, bimbinglah aku bersamamu hingga ke syurga :)

: ini kita buat sendiri untuk awok tau. pehliss lah terharu. heeeeee :

p/s : nota ni nanti aku nak kasik bakal suami aku baca tau. korang jangan salah faham pulak. bukan sekarang. tunggu laa bila Allah dah temukan aku dengan dia. hikhikhik.

dah habis muntoh ijo korang. aku pun dah habis karan menulis dah. ntah pape je. hiks. Assalam :)

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

10 February 2012

Seorang lagi Kakak den selamat Nikah :)

Assalamualaikum wbt. :)

haritu aku dah cakap nak buat special post sempena wedding kakak aku yang kedua kan. naaaahhh ni diaaa. hiks. aku bagi hampa tengok gamba sikit punyaa banyaaaakkkkk. tengok laa sampai muak. :P

:sebelum nikah ni. ya Allah nebes nya makkkk :P :

hekhek. sesape leh tolong pakaikan kasut? :D:D

: muka baru sampai. nebes cekk nebes. hihi :

: steady penyambut tetamu nak menyambut hantaran. eheee :


: keluarga dan sahabat rapat kedua-dua pihak :

"haaa nok kawing doh ni. redy ko blomm???"
"insyaAllah dah redy semalam lagi tok."

"aku terima nikahnya ............. " hee :)

: Alhamdulillah sempurna semuanya :

"ehh masuk tak masuk nehh. acanne cam xleh masuk je." hiks :P

"haaaaa padan ponggg. :D "

"abg, bimbinglah ila ke syurga."
"insyaAllah kita sama-sama ke syurga ye syg." hikhikhik

"abg, tgk sana diorg nak snap snap kite. heeeeee."

"wahhhhh banyaknya duit. kayo den kayooo."
"bawak bersabar ila. jangan tunjuk sangat ramei org tu haa."

: bergambar selepas nikah. masa ni tak semua ada sebab memasing dah blah pi dewan makan. cehhh. :

: hantaran perempuan kepada lelaki. hantaran lelaki tak sempat snap. hehe :

: dari berempat, kami bertiga, sekarang dah berdua. tak lama lagi den sorang puloks. >.< :

: pelamin by kak long ? ke kak yah ? ntah aku xtau nama enteprise dia apa. haha :

: ehem ehemm. senyum kakak kakak abang abang :D :


: yang ni family pengantin lelaki. diorang sangat sporting yeayyy ! ^_^ :

: selamat datang abang ngah aka abang man :) :

: keluarga terdekat pengantin perempuan. gambar lek lek ayu duluuuu. :

: pastu cameraman suh buat gitu gitu apekk. :

: lepastu demand nak kitorang teropong pulak. aiyaaaaa. haha. :

"minum dulu ni yang penat kita control cun tadi kan."

: walaupun kek ni cantik, aku tetap suka kek kahwin kakak dulu. coklat tetap di hati eden. hehehe :

"abg, potong elok elok sikit tau. kang tumbang malu kek totamu tu haa."

" jangan tercekik ye bang."

" ila, masam ke kek strawberry ni? japgi kite minum air tadi ehh. "

: kau cinta hatiku sampai ke syurga. aameen :) :

: habis suweeeeet lahh tu ? hiks. :

: pagi esoknya sebelum berangkat nak menghantar pengantin baru ke kuala terengganu dari jerteh :

: kat sana kak ila kena duduk sini. tetamu nak tengok. agaknya adat orang sana kot ? ke aku yang taktau ape ape ? hehehe :

: peace gua tktau apasal burok gila. mungkin kenyang makan daging itik kot. hahah :

: one whole dearest family :) :




: Selamat Pengantin Baru buat kak ila dan abg ngah. Semoga berbahagia sampai ke syurga dengan izinNya. Buat abg ngah aka abg mang, welcome to Ab Latif's family. heee :D
and lastly, tangan den dah gatal nak belai anak buah baru ni. keh3. Barakallah ! ^_^ :



terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

09 February 2012

High Five me if you know what I'm talking about. Hiks

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini yeay ! :D
by the way tadi aku macam takde kerja la kan mentelaah internet ni dan secara sengaja aku bukak laa feedjit life yang ada kat kanan bawah sekali blog aku ni. *boleh scroll bawah kalau nak tau* saja usha usha dari mana orang dapat jejak ke blog aku and surprisingly aku nampak sesuatu yang buat aku gelak. mula-mula aku macam nampak tak nampak je. pastu bila main main scroll baru terang dan nyata. ada orang jejak blog aku bila dia search nama orang tu kat google. HAHA *tepuk dahi* aku yang nyanyuk tak hengat ni pegi laa klik entry yang berjaya membawa orang yang search tadi dan dalam hati berkata "patut la pun" hiks. untung gila kau wehh ada orang search nama kau. nama penuh lagi. nasib baik tak letak nama bapak wehh kalau tak memang guling-guling je aku.

: klik untuk gambar besar ogeyhh ^_^ :


okay entry sangat tak bermotif. k bai salam :)

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

Niat kita, perbuatan kita, semua berlandaskan Islam

Assalamualaikum wbt :)

salam pembuka bicara bagaimana hari kalian semua ? aicehh. hiks. well today aku agak cenderung untuk menulis selepas terbaca beberapa tulisan di ruangan internet macam twitter, fb & youtube. ermmm. tulisan yang macam............ how can i say this ahh ? sebagai contoh :-

"kau kalau post pasal agama agama semua kau bajet alim ahh ?"

"kau post agama tapi kau sendiri teruk. takpayah nak riak sangat laa kan. dosa woihh."

"kalau nak menunjuk diri tu alim takpayah laa. tambah dosa je."

nahhhh. apakah reaksi anda ? reaksi aku, senang dan mudah. siapa kita untuk mempertikaikan niat seseorang. aite ? let see. seseorang ni post atau share something pasal Islam. and yet, dia adalah seorang yang tak bertudung, seksi, atau jahat perangai buruk or what so ever. kita tau perangai dia and kita macam

"ohmaiiii. budak ni post pasal agama siodd. HAH HAH HAH."


ataupun ada laa timbul macam ayat-ayat kat atas tu. apakah ? salah ke seseorang tu nak berkongsi sesuatu ilmu yang dia dapat ? bagi aku perbuatan dia tu bagus apa. in fact kalau apa yang dia share tu benda yang kita tak pernah tau haruslah bersyukur dan berterima kasih kat dia kan. sama ada niat dia ikhlas nak berkongsi atau nak menunjuk kita tak perlu nak bising. macam yang aku pernah terbaca kat mana ntah "ikhlas ni ibarat semut hitam yang berjalan atas batu hitam." haa macam tu laa lebih kurang ayat tu. halusnya ikhlas ni untuk kita nampak melainkan Allah Maha Melihat. kalau kita tak tau niat dia kita diam je laa tak payah kutuk what so ever sebab pahala dia pi kat dia dosa mai kat kita.


lain laa kalau dia ada cakap "aku post semua ni nak orang like je. biasa post pasal ni baru penuh orang like." erk ? nahh kalau begini niatnya makanya kita saudara seIslam ni harus lah menegur. tapi tegur tu berhemah la ye idokk. caci maki hamun semua buang tepi. manusia ni lebih terbuka bila lembut bicara kita. kasar bicara kita maka kasar lah penerimaan dia. betul tak. sama macam kita kalau orang tegur kita tengking maki semua mana kita nak suka. lagi memberontak ada la kan. budi bahasa budaya kita :)

satu lagi perkara aku tak berkenan adalah sarcatism yang tak bertempat dalam masyarakat kita ni. well korang tahu sarcastic tu apa kan kalau taktau buleh pegi tanya pakcik google. aku ni jenis jenis gitu jugak kengkadang. tapi yang aku tak berkenan bila seseorang cuba nak berubah menjadi baik ada pihak yang aku tak tahu laa dengki ke tak suka apa wallahualam. tapi bukan nak menyokong perubahan baik tu malah bagi respons yang negatif puloks. kakak abang pakcik makcik sekalian, ketahuilah kalau ada sahabat atau saudara sekeliling kita nak berubah ke arah baik berdoalah yang baik kepada dia. sokong dia. bukan perlian yang diharapkan. kejap loie elok orang tu nak berubah terus terbantut dengar kata-kata awokk tu. haa dosa tambah satu yeay ! =.="


and last thing that i fear most is bila saudara seIslam bergaduh sesama sendiri kerana Islam. benda camni pon tak gomar laa eden haa. orang tu elok je bahasa nasihatkan saudara Islam kita, yang kita pulak mengutuk balik

"ehh tu dia punya pasal laa apa masalah kau kubur lain-lain."

"alah kau ingat kau komen macam tu kau tu ahli syurga laa."

"kemon laa jangan laa narrow minded sangat sampai bila kita nak maju kalau asyik terikat dengan halal haram ni."

mashaAllah. sahabat sayang sekalian. kubur kita memang lain-lain aku tak nafikan. tapi sebab kubur kita lain-lain lahh kita kena saling beringat sekarang sebab nanti masuk kubur kita sengsorang masa tu dah takdak sapa nak tolong kita. aaa pastu kita ni manusia. memang TAKKAN lari dari membuat dosa dan kita sendiri belum tau tempat kita di syurga ke neraka. tapi saling mengingati tu kan amalan mulia ? aicehh. hiks. jadi takkan nak memperkotak-katikkan Islam sedangkan Islam tu agama yang benar ? kalau rasa diri kita ketinggalan bila kita mengikut Islam, bawak laa bertaubat. dan ingat, Islam is the way of Life. Islam itu universal dan sesuai sepanjang zaman. takde istilah ketinggalan zaman dalam Islam harap maklum.


sekian itu sahaja pendapat tak seberapa aku. banyak benda aku nak cakap tapi tak terluah jadinya aku taip apa yang aku rasa penting jelah. aku harap sampai lah kepada mereka yang berada dalam golongan kat atas ni dan cepatlah kita berubah. semoga Allah melindungi kita semua.


Henshin ! *from zero to hero* :D

credit pictures to brotherhood arts and google

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

08 February 2012

Allah believes in me yeay !

Assalamualaikum wbt :)

habis exam lepastu cuti lepastu terus aku lupa blog kan. idea aku mencurah tapi masa aku untuk menaip agak kureng memandangkan aku banyak benda kena buat kat rumah ni. nak online takleh lelama mana. takat setengah jam on off tu biasalahh. jadi bila nak menaip kadang-kadang idea tersangkut. ehee. okay lahh nothing much to say. cuma masuk harini tinggal lagi 10 hari aku nak balik sarawak. fuhh fuhh. cepatnya masa berlalu. cuti 2 minggu aku tak rasa cuti pun ? mutabaah amal aku pun banyak lopong. sobs. takpe 10 hari ni aku cuba penuhkan insyaAllah.

cuti ni aku banyak habiskan masa kat rumah je. cuma ada laa seminggu lepas pegi key el pastu jumpa sahabat-sahabat lama dan ukhuwah aku. sangat seronok sebab dah lama tak jumpa. cuma aku tak sempat nak jumpa aish kott sebab dia busy kem palapes. haritu nak kuar kat jb pun tak jadi. sigh. rindu kau wehh :(



credit pictures to izah and fiqah. aku seronok sangat jumpa diorang sebab aku rindu sangat kat diorang. budak-budak aras aku dan izah sahabat sayang aku :)


mereka sangat osemm ! :D

sahabat ukhuwah aku. gembira tak terkata bertemu mereka. sayangnya aisyahira takda dan aku harap kami dapat bergabung bersama semua satu hari nanti. insyaAllah. aku sayang mereka :)


pastu dua hari lepas kakak aku yang kedua dah selamat jadi isteri orang. Alhamdulillah semua selesai dengan lancar. tak sangka pejam celik pejam celik dah dua orang kakak aku kahwin. tak lama lagi aku lahh pulak. EH ? hihihi. nanti aku buat special post pasal ni bila aku dah dapat banyak gambar kahwin cantik cantik ehh. gambar dalam kamera aku tak berapa cun. heheh.

4 Februari : resepsi belah perempuan :)

5 Februari : resepsi belah lelaki :)


and lastly mestilahh result final aku. dah dapat tau 31 Januari lagi tapi aku gitau ayah aku lambat 2 hari. heheh. sebab aku takut kot ? dan andaian aku benar belaka. takpelah biar Allah saja tahu perasaan aku macam mana. lagipun memang aku sedar diri pun padan laa muka dengan aku. eh aku bukan tak suka result aku ehh. malah aku sangat bersyukur at least dah takde angka dua di depan walaupun result aku tak setinggi yang ayah mak aku harapkan. tapi aku harap result aku ni pemangkin aku untuk aku melonjak lagi tinggi dalam insyaAllah lagi 5 semester aku di Unimas. wahhhh ayat kemainggg. aku tahu usaha aku dan aku dah nampak sikit keberkesanan usaha aku sekarang so aku akan tingkatkan lagi usaha aku. ingat lagi cakap cikgu Jaja lecturer fizik matriks aku yang aku pernah selit dalam satu post aku dulu? " "jangan tengok orang lain. tengok pada diri awak sendiri dan kalau ada loncatan ke satu tahap lebih baik awak patut rasa berbangga."

dan aku pegang kata-kata cikgu Jaja sampai sekarang. semoga aku terus meningkat dan meningkat dan terus gapai kejayaan. insyaAllah. aku percaya Allah kerana Allah percaya aku dengan melahirkan aku ke bumi indahNya ini :)


terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com