
salam..
mesti semua orang tau sekarang neh kat pasar2 n tepi jalan kita boleh tengok orang jual durian bersepah-sepah..maklumlah dah masuk musim..famili aku yang memang gila durian pon xketinggalan..boleh kata tiap2 hari kalau g pasar malam or ternapak orang jual durian, mesti mak aku beli punya...heheh..

tapi aku bukan nak cerita pasal orang jual durian pon sebenarnya..kali ni aku nak citer pasal ciri2 yang ada kat buah durian neh..n kalau boleh aku nak gak ada ciri2 yang ada kat buah durian..hohoh..
pertama sekali..xyah cakap la satu dunia tau durian neh raja segala buah..durian neh 'dihormati' dan 'disegani' leh buah2 lain kononnya lah disebabkan ciri2 luaran dia yang nampak gagah n hebat serta berani..aku nak la jadi cam durian tuh..gagah,berani n tak takut menghadapi cabaran..semua orang nak dihormati dan disegani, macam tu jugak la aku nak..diri aku dihormati kerana ciri2 tertentu yang ada pada aku..heheh


kedua..nama lagi durian..mesti la berduri..bila berduri semua orang akan berhati-hati sebab takut terluka tangan..begitu jua dengan diriku..aku xnak orang mengambil kesempatan terhadap diri aku..kalau boleh biar orang lain berhati-hati bila berdepan dengan aku n x pandang rendah kat aku hanya kerana aku neh kaum hawa..hee
ketiga..bau durian neh amat lah kuat..dari jauh dah boleh bau..sesetengah orang kata buah durian neh bau busuk..tapi bagi aku bau buah durian neh sedap..hahah..daripada situ aku nak simpulkan yang aku nak jadi cam durian yang dah boleh dikenalpasti daripada jauh..yelah, bila diri dah dihormati mesti la orang dah nampak dari jauh kan..hahah..cita2 besar sungguh..InsyaAllah~

keempat..ada sesetengah durian neh kalau kita tengok dari luar kita bukannya tau dalam dia isi elok ke x..untung2 dapat isi yang kuning,tebal n sedap..tapi kalau nasib malang dapat la isi busuk or buruk padahal dari luar nampak ok jep..oleh itu kita semua mesti la nak isi yang elok2 jep..sapa nak yang buruk rugi weyh..huhuh..macam tu jugak la ngan aku..ciri dalaman ataupun rohani aku mestilah nak kena jaga..xkan luar jep nak jaga..kalau fizikal n rohani kita baik mesti kita diterima ramai..tapi kalu luar je cantik tapi rohani busuk n kotor sapa yang nak hormat..

kelima..durian neh walaupun xbanyak tapi aku bolehlah jugak cakap ada beberapa kegunaan selain daripada makan camtu jep..contohnya kita boleh buat pulut durian,tempoyak,aiskrim..kulit durian pon berguna tau bak kata mak aku kalau nak hilangkan bau pas makan durian minum air guna kulit durian..insyaAllah mulut kita xberbau sangat..aku pon nak cam durian..banyak kegunaan, boleh berbakti n berjasa untuk negara..heheh..

demikian je lah pandangan aku terhadap buah durian neh..xtau lah kalau ada pandangan lain..bila baca2 balik cam besar lak angan2 aku nak jadi cam durian..haha..tapi xkisahla kan..kalau aku berusaha n jaga sikap aku mesti dapat ciri2 buah durian tuh..hahah..kelakar lak dengar ayat tuh..
sekian..