22 December 2009

20 DISEMBER : SELAMAT BERSANDING

event : persandingan kakak & abang long
venue : rumah alumni , utm
date : 20122009



bilik pengantin : diubah suai oleh abah tersayang :)

ketibaan pengantin yang ditunggu-tunggu

muffin girls :)

wedding cake specially from anisbakery.
masa untuk potong kek !
meh kite suap awak :)
oke . kite pulak suap awak ;)

kami adik beradik.

abang long segan pulak nak peace :D

keluarga pengantin perempuan :D


entry kali neh malas nak tulis sebab title dah lama terkubur. tunggu masa nak dipublished je. kesian betol. haha. nak wat camner tahap kemalasan untuk meng'update' blog semakin tinggi. :P sekian

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

19 DISEMBER 2009 : AKU TERIMA NIKAHNYA . . .

salam. uhhh. setelah sekian lama berjaya jugak update blog. sebabnya sedara sume dah bertolak pi melaka sebelum kenduri kat penang nanti. huish. xterlayan kerenah sepupu2 saya yang pelbagai tu sampai xsempat nak update blog. hari ni diorang xde boleh la melayan internet sat. oke la.. tanggal 19 dis lepas majlis pernikahan kakak saya telah dilaksanakan dan disempurnakan di masjid utm. alhamdulillah majlis yang bermula pada 2.30 pm berjalan dengan lancar dan hanya dengan sekali lafaz my dearest sister, Nurriza telah sah bergelar isteri kepada abang long, Muhammad Ammar. tahniah kakak n abang long !! semoga perkahwinan ni berkekalan hingga ke akhir hayat. . .


hari ni jugak abah mintak tolong student dia dari kolej bagi2 berkat kat tetamu n angkat2 barang. ada sorang tu muka ada iras2 kembar aidil zafuan n zaquan adha. xD lol. yana kata hensem. dah la pakai baju melayu biru. tergugat sat iman tengok beliau. muahaha. disebabkan xtau nama saya dengan sesuka hati bagi nama zaquan kat beliau. eheh . gatal sungguh mung laili. tidak ku sangka. haha. sudah . sudah. malas la nak mengarut banyak2. hik.hik.hik . oleh sebab tu, saya upload sikit gamba untuk tatapan sekalian.


kat rumah sebelum nikah :)

hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki : 11 dulang

hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan : 9 dulang

penyerahan [amende ntah] from abah to dato' nooh gadut

alhamdulillah selesai sudahh.

: cincin :

: gelang :

: rantai :

: cincin daripada isteri kepada sami tersayang :


: kucupan kasih :

abah , pasangan pengantin , mama

keluarga pihak perempuan .

keluarga kami la :)

budak-budak baik. lol XD

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

19 December 2009

HANYA PADAMU

DATE : 17 DIS 2009

VENUE : SENDIRI PUNYA RUMAH

EVENT : SOLAT HAJAT DAN TAHLIL



salam. hari ni dah stat baca novel baru . yay~! so far sangat seronok.

oke, since hari bersejarah kaka saya bakal menjelang, makin ramai la sedara2 dpd Terengganu sana datang JB nih. so diri tu kena la disibukkan sikit ye. orang makin ramai kat rumah. hari ni je adik-beradik mama sampai. ouh~ dah lama xjumpa cousins since raya aritu. rindu kat diorang~ mula2 sampai je dah main2 ngn diorang. best2. huhu.



mlm ni abah buat sikit la majlis tahlil n solat hajat sempena tahun baru ni. dan juga sempena perkahwinan kakak. mudah-mudahan diberkatiNya. :) majlis ni senang hati sikit la sebab abah order makanan from luar. so kitorang kat rumah xya basuh pinggan. yay~ tinggal hidang2 je. alaa, yg terlibat pun family kitorang je n abah jemput la beberapa orang ajk surau kolej kot datang sekali.



lepas habis majlis apa lagi.. malam berinai la wehh. huhu. kami tolong pakaikan inai kat tangan n kaki kakak. sambil2 tu kami pun tumpang la sekaki berinai. yosh . dah lama xpakai inai ni. zaman sekolah dah berakhir boleh la.. huhu. esok petang kakak bakal menjadi isteri orang dan kami pun bakal menerima ahli keluarga baru. kalau saya sendiri pun berdebar-debar macam mana la agknya perasaan kakak saya ek. mau gugur jantung agaknya. xsabar nak tggu hari esok. till then, daa~
terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

16 December 2009

CENDOL SATU !


salam . dah lame rasanya xupdate blog neh. dah bersawang dah pon. kesian ko blog. hurm sejak2 habis spm neh mcm malas pulak nak update blog. saya sendiri xtau kenapa. huhu. mybe sebab sibuk buat benda lain kot. cuti ni banyak mende nak buat. kemas rumah, bilik, wedding preparation kakak lagi. semua orang sibuk. tambah lagi dgn saya sekarang yang semakin ketagih dgn facebook. klu sehari xbukak xsah rasanya. huhu.

oke, kalau sebelum spm dulu macam2 yang saya plan nak buat. nak keje laa, amik lesen kete laa kuar jalan2 laa n so on. tapi bila dah lepas ne rasa cam malas pulak. haha. teruk betol. klu dulu beriya nak keje tapi sekarang xrasa teruja pon. saya ikut kawan2 cari keje tapi main2 jelaa.. lagipun saya rasa baik saya duduk rumah buat kek coklat n belajar wat cupcake lagi bes. untung2 kalu dah pro boleh jual kat students utm. muahaha. besarnye cita2 ko laili.
nak amik lesen kete pon dah xsemangat sgt dah. sekarang sibuk ngn wedding kakak yg bakal menjelang lah. bila masanya nak gi belajar bawak kereta. pastu skrg sume sibuk2 pulak ckp kalau nak amik lesen taun dpn kena tggu 21 tahun.tapi bukan konfem lagipun. alaa xpe lahh. klu kene tggu pon tggu lah 21 taun. kakak saya dulu pas abis degree baru amik lesen. rilek je. hee.

apa2 pon misi saya yang terpenting sekali sepanjang cuti ne saya nak habiskan baca novel yang saya beli masa spm aritu. haha. 3 novel baru untuk dihabiskan. yosh! go laili! LOL. ouh xlupa jugak kumpul komik2 conan saya sampai penuh. sekarang koleksi conan saya putus2 lahh. yang penuh siri 50+ dengan 60+ je. yang awal2 dulu xsempat nak beli. so laili, itu adalah misi kamu yang seterusnya oke!



ouh. hari ni jugak saya berjaya habiskan novel ilham hati written by damya hanna setelah seminggu barmanja sayang dgn dy. [lembab jugak aku baca]. oke la citer ni . seharusnya tidak menghampakan. saya suka novel ni. yay~! 4 bintang saya bagi xD tahniah damya hanna ! yosh dilla! i've finished it. tamau jeles2 naa. hg pi beli sendiri baca ;) that's all . tadak idea lagi . daa~
terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

10 December 2009

Ezza Suliana


yay~! 10 Disember 2009 . Happyy Birthday my dearest ezza ! mesti seronok hari jadi sama dengan hari last spm . huhu .
Semoga diberkati Allah SWT .
Selamat Panjang Umur sahabatku . [xsangka ko da 17 tahun ;) ]
Semoga murah rezeki sentiasa dan dipermudahkan segala urusan .
Semoga ko berjaya dalam apa jua bidang yang diminati ;)
Semoga ko berbahagia di samping org2 tersayang :)
Friends forever bebeh ;)

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

02 December 2009

Bersama

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com