salam.....

uhuk . uhuk. tetiba nak terbatuk lak. :P shisha shisha shisha. laa ni aku tengok budak budak sume dok citer pasal shisha. especially dak dak laki yang aku kenal. tak ketinggalan jugak bila pegi kedai makan kat bandar sikit mesti ada yang offer hisap shisha ni. ape ntah yang bes sangat. diorang kata lagi syok daripada rokok sebab ada perisa laa boleh hembus buat bentuk bentuk laa bagai. hehh. ntah laa mana aku tau rokok pon aku tak pernah sentuh. pastu diorang siap cakap neh shisha ni lagi bagus daripada rokok ? hekeleh apa yang bagus nya ? aku tengok sama je. edut asap keluar asap. menyakitkan hidung orang lain ada laa =.=
oke oke aku taknak lahh cakap banyak banyak. nanti aku tak pasal pasal kena banned dengan budak budak yg hisap shisha neh. cuma ni laa aku nak habaq maii. ari selasa lepas memang aku tengah boring nak mampos. then tak lama pastu ternampak laa surat khabar yang ayah aku bawak balik. haih belek belek sikit paper tuh. *dah lama kau tak baca paper laili* belek belek belek *fuhh rajin tau aku baca setiap muka surat :P * pastu tetiba mata aku tertangkap kat satu tajuk ni "HISAP SHISHA LEBIH BAHAYA DARIPADA ROKOK" kat bahagian emel&surat. haaaaah ! tu la tajuk post aku kali ni... wakakakak. meh sini aku share bagi yang tak baca paper :D:D

[ gambar hiasan semata-mata]
SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan, mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
MOHD FIRDAUS MOHD ISA,
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam.
*wawawawa...ni aku copy paste jek oke. sebenarnya tadi ade jumpa gak byk artikel pasal bahaya shisha ni. tapi takpe laa nanti aku buat kajian dulu baru aku post. cewwahh! :P *
sekian.....
terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)