24 February 2011

so sadddd~

salam.

mood : sedih sangat plus sedih dan sedih lagi

damn. bodoh la kau laili. tak guna kau sedih.

:(

tapi aku takleh nak tahan. bape ari ni air mata aku asyik nak kuar je. sumpah.
mata aku sampai bengkak2 kot. sekali sampai aku ponteng kuliah sebab takleh fokus.
bodoh kan aku ? ye aku tau tu. tapi aku nak buat camner ?
sume ni aku tanggung sorang2. org lain takkan penah tau perasaan aku.
orang tau tapi nasihat diorang takkan dapat nak legakan hati aku.
berita dari kau je kot yg aku rasa dapat hilangkan sume perasaan ni.
gile. kenapa kau pegi tibe2 ? aku sunyi kau takde. aku sorang2 sekarang.
memang hakikatnya aku ada ramai kawan tapi.... diorang tak macam kau dulu.
dulu kau laa sahabat pendengar setia aku. kau je yang aku bole harapkan untuk luangkan masa dengan aku.
kawan2 sume bukan sume yang bole layan aku macam kau layan aku dulu.
aku sedih kau tau. sumpah sangat sangat aku sedih.
kau nak tau ? aritu ade kawan aku dapat bungkusan besar dari "kawan" dia.
tetibe aku terus teringat kat kau. kau kata kau penah anta hadiah ari jadi kat aku.
tapi aku tak dapat pon sampai sekarang. taktau hadiah tu tersesat kat mana.
seronok bila aku pikir balik kenangan dulu. aku nak nangis lagi... sekarang aku kuat nangis.
orang ckp aku ngade ngade. haha. biar lah. aku tak kisah dah kot. dah biasa ? :P
wehh, bole tak kau terangkan hal sebenar kat aku.
aku nak tau sangat sangat kot. kau senyap macam ni takkan selesaikan masalah.
tak leh ke lepas dah settle sume, kau nak senyap terus pon takpe lah.
tapi biar laa pas kita da jernihkan benda yg da keruh. aku taknak terus keruh je.
please. aku merayu sangat kat kau. hidup aku tak senang kot selagi aku taktau ape salah aku kat orang.
kalau kau baca ni... aku harap sangat wehh. tolong laa aku ehh ?
kalau kau da benci sangat kat aku pon cakap terang terang. aku taknak macam ni :(



p/s : ape yang aku tulis sume dalam ni banyak hal peribadi aku sendiri. takde kaitan dengan hal2 peribadi yg terjadi kat kmns. kalau ade mane2 silent reader yang baca blog aku.. aku harap kalau ade pape yg korang rasa aku tulis tak betol, sila cakap terang2 kat aku. jangan nak sibok pegi mencanang fitnah kat orang lain. aku tak suke. kau taktau citer sebenar jangan nak cakap besar canang sini sana yang aku ni heboh satu dunia pasal keburukan orang. kau tak puas hati face to face laa bhaii. takyah r nak cakap belakang -.-'

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

15 February 2011

Cinta, Datanglah ~


" ehh. sape nak bagi saye cinta ? "

"eh awak kat sana ! bole tak kasik sikit cinta awak ? "

"ehh awak ! saye sunyi lahh. boleh tak kongsi cinta dengan saya ? "

"awak... sy sayangkan awak lah. saya cintakan awak.
knp awk biar saya simpan cinta ni sorang2 ? "

haihh.. pelik kan manusia. masing-masing nak sibuk dengan cinta. nak nak bila da umur macam aku ni. sana sini tengok orang bercinta diri pun mula la teringin nak cuba sama. orang cinta dia nak cintun jugak. pastu bila orang lebih sikit dia pun nak jugak lebih lebih sama. bila cinta dah takde diri pon terkontang kanting mengenangkan cinta lama. OOppsss ! hihi.

tapi tu lah hakikat manusia. sibuk mencari cinta manusia. tapi kenapa tak sibuk mencari cinta Allah ? bukan ke cinta Allah tu lagi abadi ? kenapa lebih mendambakan cinta manusia daripada cinta Allah ? itulah manusia itulah aku. ingatan untuk diri sendiri jugak lah kan. aku manusia juge. bukan monyet.

cinta Allah tu takyah sibuk sibuk nak cari. dah memang sentiasa ade dengan kite dah. oke. memang lah kena cari jugak kan. tapi maksud aku cinta Allah tu kekal abadi. takde dua tiga bandingnya cinta Allah tu dengan cinta manusia. Allah tu takkan tinggalkan kita kalau kita selalu jaga cinta dia. even kalau kita ade buat salahh dengan Dia pun kita boleh nampak agungnya cinta Allah tu bila dia bagi peluang untuk kita bertaubat. selagi nyawa still ade selagi tu laa banyaknya peluang kita untuk bertaubat untuk mintak ampun dari Allah. tak nampak lagi ke besar gile nye cinta Allah tu kat kite ?

cinta nya Allah kat kita bila kita boleh mintak ape je kat dia. selagi kita bersungguh sungguh berdoa kat dia insyaAllah dia makbulkan doa kita. Allah tu baik gile tau. kalau kite baik Dia bagi ganjaran kat kita. kalau kita jahat dia bagi peluang kita mintak maaf. kadang kadang tu ade yang kene hukum terus kat dunia. yang tu lagi laa besar maknanya cinta Allah tu kat kita sebab dia bagi hint awal awal untuk kita sedar silap kita. terpulang kat kita je sama ada kita ni bijak menilai atau pun lurus bendul. nak berubah ke tak je sume tu kat tangan kita. orang tua2 cakap orang lain takleh nak ubah diri kita sendiri melainkan kita sendiri yang ubah diri kita. haa

orang kata bila cinta takde kita sunyi. mana ade. cube tengok betul betul. Allah kan selalu ade dengan kita. kalau kita sedih kita bole nangis2 dengan dia. mmintak dia semangat. kalau kita hepi pon kita bole share dengan dia. syukur dengan dia atas segala nikmat. untung kan sape yang dapat cinta Allah ni ? seronok tau. aku teringin sangat nak dapat cinta Allah ni. kadang kadang aku ni tak kuat. nama pun manusia. iman selalu goyah dengan nafsu. nafsu nak kan kasih sayang. tapi aku tau. perjalanan aku jauh lagi. Allah sayangkan aku. mungkin dia ada simpan cinta dia kat aku kat satu tempat yang aku susah nak jumpa. aku kena cari tempat tu.


aku nak cinta Dia.....

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

06 February 2011

Alhamdulillah :)

DULU
-
-
-
-
-
-
-
-
-

KINI
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

salam..
haa. korang nampak tak perbezaan dua gambar kat atas ? beza gila kan. hee
series sebenarnya since taun lepas lagi aku da pasan perubahan ashraf ni..
sejak dia hos gadis melayu kot aku macam da terpikat sikit kat aura dia. HAHAHA

tapi lately macam makin nampak plak laa kan aura dia tuh. haa
dengan citer aku masih dara lagi ustaz amirul lagi.
pastu aku nampak aritu dia jadi hos program ape ntah.
memang sumpah aku daa jatuh hati laa kan. haha *nampak tak konsep gatai kat situ ? :P *

haaa. abaikan comment yang lain fokus kat yg aku bulat tuh.
rupenya aku da ketinggalan laa kan.
aku baru tau ashraf ni daa terlibat dalam perubatan islam.
lepas baca comment member aku tu aku pon merajinkan laa diri ni.
aku pi searcg fb ashraf pastu google pe sume.
memang betol kot dia ni pengamal perubatan islam sekarang. kat syifa gombak.
pastu aritu dia kuar kat tv9 kot.
hensem gilaaaa ! o.0
oke sekaranga ku memang gatal.
tapi gile sape yg tak terpikat bile tengok ashraf muslim ??
nak nak lagi bile dia da berubah gini kan.
lagi cair laa gua. HAHA

apa apa pun syukur laa dia da berubah kan.
sedap jugak telinga dengar artis kita da berubah jadi lagi baik.
tengok pon sedap je kan. HAHA
oke sudah2 la menggatal laili. geli aku. hehe



tengok laa mata dia. tengok laa mata dia. waaa~ untung sape dapat die. wuwuwu T__T

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

Sape Laili di Mata Mereka :)


salam~
haa.. nampak tak muka aku mencapub kat sini ?
oke aku tau nampak gedik sikit. dakpe ahh. sekali skale kan. hahaha
oke btw post kali ni memang nampak gila yang aku gila publisiti jap.
biasa aku low profile je kan.
tapi semalam aku tak tau jin ape yang rasuk aku sampai aku bole sengal jadi macam tu.

kalau korang nak tau ape aku buat semalam korang tengok laa gamba bawah ni
aku suka komen2 yang awal2 neh. HAHA

oke. komen hapis macam mengutuk gua gile kan. sebab aku pakai tudung syria tuh. ceit. haha


haha. nampak tak aku takde keje di situ ??
and the best part yang aku rasa paling gile aku penah buat is
-
-
-
-
-
aku pegi text kawan2 aku suh komen status aku kat atas ni.
HIHI
oke nampak macam aku gedik gile jap -.-'
sebnarnya pas buat stautus tu aku terus off.
then aku xtau nk buat ape sebab takde sape nak mesej kan.
aku pon terpikir laa benda gile untuk text mereka2 untuk komen.
wakakakak.
oke tapi bukan sume yg komen tu aku yg suruh harap maklum.
ade yg sukarela jek. aku tak cakap ape2. hee
aku bukan ape. saje nak tengok ape yang orang nampak kat aku.
thanx kepada yg bekerjasama. hihi :D



terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

04 February 2011

Penghibur di kala Duka :')


salam..
straight beberapa minggu ni banyak masalah yang aku rasa datang kat aku. macam macam. diulang. MACAM MACAM. tapi aku selalu tak reti nak cakap macam mane. and kdg2 masalah ni buat aku sedih bile aku tengah duduk sorang sorang. and kadang2 bole buat gua meleleh. oke nampak jap ke"takmacho"an gua. hehe. tapi tulah hakikatnya. hidup ni kalau takde dugaan mana lah sah kan. Allah datangkan ujian utnuk menguji kesabaran sume hamba DIA. tapi aku bersyukur sangat2 sebab dalam aku tengah sedih2 ade insan yang aku bole harap untuk kongsi masalah aku and hepikan aku. hidup aku jadi seronok bile diorang ade :D tenkiu so much kepada mereka mereka yang banyak tolong saye. hee ^_^



Noorhafizah Mokhtar
thanx babe. kau banyak bagi semangat and nasihat kat aku time aku sedih.
appreciate sangat kat kau sahabat. tenkiu sebab sudi layan otak ngeng aku ni. hee

Aisyahira Melan
budak boyot neh secara tak sengaja terlibat dlm masalah gua. haha
tapi dia bole buat aku gelak laa dengan lawak2 gonjeng dia tuh.
pernah kongsi masalah sebab dapat masalah yg same.
tapi dia da oke aku yg tak oke.
so semangat je lahh yg dia bole bagi aku.
takpe, tu pon da cukup. trimas banyak anak incik Melan. hee :)

Nur Liyana Jamaludin
budak gile comel yg dah lame ngn aku.
kalau ade pape problem kat dia laa aku ngadu.
sampai aku rasa kdg2 aku ni banyak sangat susahkan dia.
dia pon macam oke je kan. hehe
tenkuu bebeh. u have been such a great fren ;)

Nazirul Mubin
oke sebelum korang buat ape2 spekulasi baik aku cakap.
budak neh cume kawan and merangkap abg angkat gua.
dia sangat baik kot and rajin dgr masalah aku lately.
and kalau time aku sedih pon kdg2 bole gelak bile carik pasal or gado dengan dia. haha
oke si budak gile ni da berpunya n awek dia cun kot !
untung laa dia dapat awek cun. haha


naaa. tu lahh antara sahabat2 yang banyak aku share problem ngn diorang. tak pun time aku sedih2 aku pegi cari diorang. tapi kawan2 lain pon banyak tolong aku. Fatin Sofea, Nadiah Manaf, Faiz Ibrahim, n ramai lagi lah. sahabat2 laa pendamping setia aku sekarang. thanx a lot friends ;')

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

Rayyan Fantasi :)


da habis daa bace novel neh. hee. actually da abis last week tapi baru nak hapdate arini. :P
overall bes lahh novel ni. bagi aku laa. alaa biasa laa novel RAM. thriller n adventure lah kan. saspen2 sume wajib lahh ade. tapi dis time aku rasa novel dia macam lain sikit. sebab watak utama dia is not a human.
citer dia pasal sorang raja dari planet Yukaa kot tak salah aku yang digulingkan oleh jeneral dia sendiri. isteri dia mati dlm perang and dia larikan diri guna kapsul untuk selamatkan anak dia yg still bayi lagi masa tu. pastu kapsul tu mendarat kat bumi sabah and dia macam xtau ape ape kan jalan jek sampai dy terdengar alunan ayat ayat suci kat sbuah rumah and tertarik nak gi sane. 2 kat sbuah kampung in sabah. kat rumah tu pulak tnggal dua beranak muslim (ayah n anak pompuan). pastu diorang ni ajar laa raja tadi masuk islam ape sume. and dia kawin dgn anak pompuan tu tadi and besarkan anak dia.
pastu anak dia da besar da masuk u ape sume. then orang Yukaa dtg cari anak dia sebab nak rampas kuasa balik. pastu ade laa sambungan citer2 dia yang aku rasa sangat bes ahh. lain daripada yg lain. macam mana anak dia tu adapt daripada kat bumi dengan kat planet lain.. strategi rampasan kuasa and all that. aku suka . :D *oke tetibe gua rasa mcam tgh jawab soklan spm bm. haha*

overall ~ interesting :D

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com