salam.
oke korang nampak gamba bawah ni ? buruk ? ouh aku tau tu.
tapi bukan lukisan ni yang aku nak komen.

sebenarnya aku ada cerita yang nak kongsi yang ade kaitan jugak laa dengan gamba kat atas ni.
aku baca cerita ni kat surau blok C3 mase praktis nasyid *oke takyah nak meleweh laa*
jujurnya aku macam tak ingat laa the whole story tapi aku rasa aku bole tangkap lagi isi isi penting yang cuba nak disampaikan melalui cerita ni.
at least sikit sikit pun boleh laa wat jamu untuk pedoman same same kan. hee
oke, ceritanya bermula....
ade sorang makcik jual air kat depan rumah Fara *oke yg ni rekaan*
Fara balik sekolah je memang selalu singgah gerai makcik ni laa kan nak beli air.
almaklumlah balik sekolah tekak kering.
satu hari ni.. Fara balik sekolah dengan keadaan yang sangat ceria.
macam biasa singgah gerai Mak Siti (makcik jual air).
Fara teringat pagi tadi kelas agama ustaz Ipin ade cakap pasal aurat wanita yang wajib ditutup.
oleh kerana dia bajet pandai and agak rapat ngan Mak Siti ni Fara pon tanya,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
oke aku da xsanggup nak reka lagi. otak aku tak larat nak mengingat semua. hehehe
biar aku ringkaskan terus laa mesej penting dalam cerita ni sebab aku rasa tak ingat langsung soalan Fara tu tadi =.="
korang nampak kan label botol-botol dalam gambar di atas ?
botol A isinya separuh dan tak bertutup.
botol B pon sama isi separuh tapi ade penutup.
botol C pulak isi penuuuhhhh tapi terdedah.
botol D isi penuhhh bertutup tak dibuka lagi.
oke. antara empat botol yang mengandungi air di atas , mana satu yang akan korang pilih untuk minum ?
mesti korang pilih D kan ? yelahh. penuh isi dan belum dibuka. mesti laa air baru dan takde orang sentuh kan ? haaa.
so..... ade laa kaitannya analogi di atas dengan aurat kita.
nak tau lagi ? mehh nenek cerita lagi..
botol A tu.. kalau ade orang jual ade ke orang nak beli ?? dah laa isi separuh jek tinggal. tak bertutup plak. dijamin ke kebersihan dia ? ntah ape jenis binatang je dah masuk kan.
haa. botol A tu ibarat lah wanita yang kurang agamanya dan tidak menutup aurat..
botol B plak.. memang lah bertutup. tapi isi separuh. korang nak ke ? ntah ntah dah ade orang penah minum. ntah orang laki ke muslim ke tak pon bangla ke sape yang dah minum lagi separuh tu.. yekkk yekk. aku tak beli kot.
so... botol B tu ibarat wanita yang sempurna penutupan auratnya tapi tak mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
botol C penuhhh tapi terdedah. sama macam botol A tak terjamin kan kebersihan dia ? takut laa nak minum. mesti korang da dapat agak kan. hee
botol C tu melambangkan wanita yang baik dan sempurna didikan tapi sayang satu yang kurang. tak pakai tudung lahh. huhu
botol D. walaahhh. paling sempurna. senang kata air baru lagi lahh. takde sape lagi bukak. penuh dan bertutup. haaa. ni laa yang orang nak jual dan beli. eceh memandai je aku. hehe. betol ape.
botol D sama dengan wanita yang lengkap dirinya dengan agama dan sempurna auratnya.
haaa. aku rasa ni jawapan untuk mereka yang selalu debatkan,
"aku xpakai tudung tapi aku solat cukup lah."
"ehh ingat orang pakai tudung tu sume baik ke ? "
takyah nak salahkan orang lain laaa. balik pada diri kita sendiri.
jadi, mana satu pilihan anda ?
:)
terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)