22 June 2011

SUJUD :)



Assalamualaikum wbt. :)


lama gila rasa aku tak update blog kan. seriesly last week memang minggu yang sangat sibuk lahh kan untuk aku. preparing cakes untuk dijual sekali kat gerai akak aku masa karnival khazanah alam melayu kat masjid taman u plus aku tolong jaga gerai sekali. ouhh aku akan ipdate pasal tu nanti sebab itu adalah satu pengalaman hebat aku walaupun karnival tu tak semegah mana. hohoh. back to the topik about sujud sebenarnya aku bukan nak kupas atau nak bagi definisi dan penerangan sujud ni. cuma baru baru ni macam baru je hayati lirik lagu mawi dan kru ni buat aku tersedar seketika. hoh. lagu sikit punya berzaman baru nak hayati lirik kaa. maafkan aku kru sebab baru sedar pasal lirik lagu ni. selama ni aku buat dekk je kat lagu ni yaww. hayati lirik lagu adalah paling best bila kita dok sorang sorang. so faham-faham lahh. bukan senang nak sorang sorang masa dengar lagu sujud ni. lagu ni takde dalam henset aku. oke maafkan aku sekali lagi. aku dah melalut terlebih

daripada peningkan kepala korang baca aku punya merepek apa kata korang baca sekali lirik lagu ni sambil muhasabah diri ;)


Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba

Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

*part chorus ni paling aku suka. mengajak kita sama sama bersabar menempuh ujian Allah dalam waktu yang sama tidak melupakan Allah dan sentiasa reda atas segala ketentuan dia. plus sentiasa berdoa kepada Allah yang Maha Menentukan tu :)

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan ku tempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran

*ya, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah beri. aku bersyukur diberi peringatan saat aku melupakanNya dalam keadaan tidak sedar. terlalu banyak masa dah dibuang dan aku harus bersyukur sekarang aku lebih tenang bersamaNya.. Alhamdulillah ya Rabbi. kau beri aku peluang untuk mencari ruang mencintaiMu.. mungkin aku tidak sesusah orang lain yang diberi ujian lebih besar dan aku bersyukur untuk itu. dan aku harap nikmat ini tidak membuat aku leka dan alpa dan kalah pada hasutan syaitan insyaAllah..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

*aku kata sabar, ini ujian dari Dia. orang kata kau tak lalui memang kau tak tau. aku kata ya memang tapi aku tau Allah sentiasa ada dengan orang yang bersabar. dan Allah semakin sayang apabila kita memohon pertolongan daripada Dia. dan ketahuilah sebesar-besar ujian Allah itu, setinggi-tinggi darjat kita di sisi Allah. dan kita hanya perlu terus sujud mohon ampun, doa, dan tawakal untuk mendapat darjat itu. aku yakin Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya..

banyak lagu meletup-letup sekarang kan. dan kita sebagai pendengar pun kenalah pandai pilih. bukan main tangkap muat dengar je, ada yang boleh dengar sebagai hiburan untuk tenangkan kita. ada jugak yang boleh kita amik sebagai pengajaran hidup. aku tak pandai nak tulis lirik ke puisi ke bagai. tapi aku suka tengok dan baca lirik pastu kaitkan dengan kehidupan seharian aku. hee. dan lirik lagu ni bawak aku sedar yang Allah sentiasa ada selagi kita tak lupakan Dia. apa yang harus kita buat ? SUJUD. dan sentiasa berdoa yang terbaik daripadaNya. aamiinn. :)


*tak sedar plak dah nak pukul dua pagi. hohoh. kadang kadang teringat kisah lama tapi aku harus yakin Allah dah sediakan jodoh yang baik untuk aku. harap Allah kuatkan hati aku :')*


terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

16 June 2011

SELAMAT HARI 16 JUN ! :D

Assalamualaikum wbt. :)

*oke gamba takde kaitan*




entry takde motif pun oke. selamat hari 16 jun ? yeyeahh~ Selamat Hari Jadi ! kepada mereka yang lahir pada tarikh ni. yeh asta la vista bebeh. semoga korang panjang umur murah rezeki dan dapat apa yang korang hajatkan. semoga korang berjaya dalam hidup. aaminn. sentiasa menjadi yang terbaik antara yang terbaik. hoyeahhh ! happy birthday ! ;)



terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

15 June 2011

Satu Cinta


pssssttt. Noorhafizah Mokhtar. awak bersabar okay. awak kan nak jadi wanita muslimah yang taat perintah Allah. cuba buang perasaan tu k ? jangan terlalu fikir. bila teringat tentang dia, cepatlah istighfar dan dan ingat Allah. tak lupa juga redakan hati awak untuk lepaskan dia. berdoalah, andai dia jodoh awak, semoga Allah beri yang terbaik untuk korang. andai dia bukan jodoh awak berdoa semoga Allah beri awak kekuatan untuk menghilangkan perasaan pada dia. buat semua ni dengan ikhlas. InsyaAllah. Allah akan tolong. awak kan lagi sekuat tiger dari saya. saya yakin awak boleh. jangan sedih sedih oke ? Allah ada sentiasa sayangkan kita :)
i love you ;)


terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

12 June 2011

TRANSFORMASI DIRI UNTUK YANG TERBAIK :)




Assalamualaikum wbt. :)




Alhamdulillah... tepat 12:56 a.m. 12062011.. cukup 19 tahun aku diberi rahmat oleh Allah untuk hidup atas Bumi terhebat ni. bersyukur kerana umur masih panjang untuk terus berjasa. kalau ikut tahun Hijrah, 12 Zulhijjah 1432 ni aku dah 20 tahun. hehe. dah cukup besar dan matang sepatutnya untuk membezakan baik dan buruk. selama aku hidup alhamdulillah aku dikurniakan keluarga yang terhebat bersama sahabat-sahabat yang turut sama hebat membantu aku untuk terus bernafas. yup. aku sangat bersyukur sangat sekarang. walaupun tak berapa nak rasa sangat pun hari lahir ni. sama je macam hari hari biasa. hohoh.




tapi.. bila umur dah meningkat ni otak pun sama ligat resah dok pikir itu ini. dah lama hidup dosa pun terlalu banyak. tak terhitung rasanya. terlalu leka dengan dunia satu masa dulu sampai terabai diri untuk mengingati Allah. Allah, jahilnya aku. semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku. semoga hati aku terjaga dan terhindar dari perbuatan mungkar. aminn.







jauh lagi perjalanan aku dalam hidup ni. dunia semakin mencabar. ujian dari Allah juga masyaAllah teruji hebat iman ni. aku harus merangkak gagah untuk menjadi muslimah berjaya yang dapat membanggakan ibu bapa aku. ya. dah lama rasanya tak dapat nak banggakan mama abah aku. kali terakhir rasanya masa UPSR dulu dengan berjaya dapat 5A dan anugerah tokoh pelajar sekolah. menjunjung piala anugerah saat paling indah dalam hidup aku. tapi. sekolah rendah. ape lahh sangat kan. orang tak pandang dah. masuk sekolah menengah, matrikulasi aku belum boleh nak banggakan mama abah aku secukupnya. terlalu besar pengorbanan diorang untuk aku balas. menyesal pun dah tak guna. harus pandang ke depan. mengubah diri ke arah yang lebih baik. ye insyaAllah. aku akan berusaha untuk menggenggam segulung ijazah dengan keputusan cemerlang cukup untuk melihat wajah bahagia mama dan abah sepertimana wajah diorang enam tahun lalu. mama abah kata aku boleh buat :) semoga Allah mempermudahkan urusan aku.


transformasi diri ke arah jalan kebenaran pun bukan mudah seperti yang disangka. orang kata nak buat jahat tu senang sangat. nak buat baik banyak cabarannya. aku ni biasa biasa sahaja. bukanlah alim mana bukanlah jahil mana iAllah. sebab tu.. aku nak penuhkan lagi diri dengan ilmu agama kalau boleh. aku taknak jadi biasa biasa. aku nak jadi muslimah yang berpengetahuan luas yang boleh membimbing sahabat-sahabat lain. aku kena tekad rajin dan tingkatkan usaha. ilmu yang ada sekarang cetek sangat rasanya macam belum sampai 1/4 pun. semoga Allah panjangkan umurku untuk terus mencari ilmu dan memperbaiki kelemahan diri.






keyakinan diri. satu sikap yang menduduki carta terbawah dalam hidup aku. aku seorang yang sangat pemalu dan self-esteem aku sangat lemah. aku tak berani bersuara kalau bab keluarkan pendapat. tapi kalau dalam internet, aku sangat mudah memberi pendapat. ye. aku takut berdepan dengan orang. aku pernah digelar 'bisu' oleh rakan-rakan masa kecik dulu. pemalu yang teramat. kalau nak berdiri depan orang ramai pun menggigil satu badan. walaupun hanya pergi depan ambil sijil. tapi rasanya keyakinan aku makin meningkat bila aku jadi pustakawan dulu dan memang aku kena berada depan semua pelajar semasa program nilam. oke agak kelakar di situ. lepas tu masuk matriks pun banyak program atau kelas yang mendesak aku untuk lebih yakin dan buang sifat malu. salah satu bila aku dipakse jadi mc ganti masa perlawanan badminton praktikum. dengan takde pengalaman langsung berusahalah jugak. tapi aku masih kurang yakin kalau dalam kelas bila cikgu tanya soalan pendapat. atau bila aku kena berucap depan orang. lemahnya jantung. haish. aku rasa aku kena buang laa sikap aku ni. kalau tak habislahhhh. macam mana nak hidup kat U nanti. rasanya bila usia dan kematangan meningkat perasaan tu akan hilang sendiri kot. aminn. sila doakan aku :)




apa lagi ehh. ouhh. sekarang pun cuba untuk transform cara berpakaian. alhamdulillah dalam beberapa tahun ni tak ada masalah untuk aku berpakaian muslimah lengkap. bermula dengan pakai tudung masa umur aku 12 tahun. ya, agak lewat di situ ye. hee. pastu mula pakai stongan atau sarung tangan masa 16 tahun dan sekarang dah memang wajib pakai dengan baju kurung kalau tak rasa tak selesa je. stokin pun memang wajib pakai. tapi kalau jalan dekat orkeluar untuk temph sekejap je aku xpakai r stokin. tapi aku pakai kasut. still xnampak kaki kan ? hehe. iAllah akan diubah yang itu. sekarang cuba untuk berjauhan dengan tudung bawal. hohoh. dulu aku dah pernah cuba masa form4 tapi tak dapat nak praktikkan. keluarga aku pun biasa biasa je tiap kali raya memang mak aku shopping bawal baru. so aku terikut sekali. kan tiap tahun ade je fesyen sulaman terbaru. haha. oke sekarang aku akan cuba balik untuk pakai tudung kosong jalur-jalur tu. kalau pakai bawal pun aku pakai sekali-sekala dan cuba untuk tak nampak jarang. semoga kau berjaya laili :)


oke aku rasa memang panjang je aku tulis dan aku tau korang sekarang mana suka baca karangan kan. semua sekarang suka tengok video je dunia kan da maju. haha. tapi memang semua tu harapan aku untuk jadi yang lebih baik masa hadapan. korang kalau baca ayat macam pelik pelik atau skema sikit abaikan jelah ehh sebab aku memang dalam mood skema pun sekarang. plus entry ni ditulis tanpa backspace. so maaf atas segala kesilapan. haha. till then, sekian :)




pictures credit to tumblr.com



*terima kasih buat semua yang wish. jasa dan ingatan anda sangat dihargai. semoga Allah memberkati anda semua jua. trimas. ;) sayang korang selalu. hee <3 *





terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

11 June 2011

APA KEBAIKAN YANG TELAH KITA LAKUKAN HARI INI ? :)

Assalamualaikum wbt. :)

sebenarnya dah lama video tapi semalam jumpa balik masa aku pun tengah sibuk-sibuk nak usha balik lagu dawud wharnsby ali ni. maklumlah sejak-sejak ni aku dok sibuk dengan korea sampai lupa dah kat lagu-lagu mendekati Allah ni. hehe. iAllah hari ni lebih baik dari semalam kan ? jom kita renungkan sama-sama lirik lagu ni yang sangat menarik plus rentak dia yang agak catchy. :)





terbaca dalam Bumi Cinta pasal kata-kata Ibnu Athaillah,


"Ketika pagi datang, orang yang lalai akan berfikir apa yang harus dikerjakannya. Sedangkan orang yang berakal akan berfikir apa yang akan dilakukan Allah kepadanya."


err mula-mula aku agak konfius maksud kata-kata ni dengan lirik lagu kat atas. tapi bila fikir balik.. mungkin maksud kata-kata ni ialah orang yang berakal akan berfikir apa yang akan dilakukan Allah kepadanya dan merancang apa yang harus dia lakukan pada hari ini untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah. insyaAllah. ini pandangan aku je. kalau salah tolong betulkan. wallahualam. sekian :)









terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

09 June 2011

KEK TIRAMISU


*gambar hiasan*



Assalamualaikum wbt. :)



idea nak buat tiramisu ni tetibe je datang sebab ada lebih kek span yang tak jadi nak guna untuk blueberry cheesecake. punya penat pikir tak tau nak buat apa sebab tak nak membazir. maka tergerak laa jap nak buat tiramisu. terus search kat internet resipi tau. wahh bahagia dan mudahnya bila ada internet. hua3. ye adik adik. cepat ucap terima kasih kepada BlogResipi ni atas kesudian berkongsi ;)



*ni baru kek aku. berbeza gila kan dengan gamba kat atas nuh. haha. krim gua tak jadi r. tak smooth. >.< nasib baik sedap jugak. hee *



Bahan-bahan :


1 biji sponge kek atau apa2 kek

250ml whipping cream

200ml cream cheese

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)

1 sudu makan serbuk nescafe

serbuk koko untuk hiasan



Cara membuat :


1 ) Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi


2 ) Satukan gula, cheese dan cream


3 ) Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu


4 ) Potong kek pada 2 bahagian


5 ) Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek


6 ) Then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek


7 ) Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese.


8 ) Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…


9 ) Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…



*buat dalam bekas buruk je sebab takde bekas lain yg boleh muat kek span tuh. hohoh.*




pesanan penaja : cream cheese aku tak lembut jadi mencacatkan presentation first try tiramisu aku ni. hurm.. taktau mana silapnya sebab sebelum ni buat oreo ngn blurberry tu oke je. aku cuba google dan macam-macam result aku jumpa. mungkin aku kena pukul cream cheese sampai kembang dulu baru masuk whipping cream n gula. atau aku patut pukul whipping cream and cream cheese dalam bekas lain. ntah aku pun taktau. tengok laa nanti kalau ada rezeki aku cuba lagi. heheh. ouhh korang jangan ingat krim tu tak gebu tak sedap oke. tak caya datang rumah aku rasa cepat ! haha :P




*gua asyik buat kek high level je. demand tinggi laa kau laili. okayy. kalau rajin pasni kita try buat kek biasa biasa okay laili. kek span kau pun tak berapa nak jadi. hohoh. oh well, itu first time aku lahh. bagi laa masa :D:D *

terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

08 June 2011

BLUEBERRY CHEESECAKE

Assalamualaikum wbt. :)

oke. resipi ni pun aku amik dari buku sama ngn oreo cheesecake tu. actually nama resipi dia kek keju new york. tapi sebab masa tu mak aku kempunan nak blueberry cheesecake and aku nampak gamba dalam buku resipi tu topping dia blueberry so aku suka hati je laa assume yang tu blueberry cheesecake. same je la kan ? haha



mungkin lain sikit sebab base dia guna kek span. bukan biskut macam cheesecake yang selalu tu. korang boleh nampak kan gamba atas tu. oke lapisan cheese agak tak nampak maybe sebab loyang aku besar kot. korang nak cheese lebih boleh guna loyang kecik sikit or tambah cheese sendiri. hihi.



oke oke. resipi dia macam banyak sikit so sila pastikan korang salin betul betul oke ? :D

first sekali kita kena buat kek span tau. :)

Bahan-bahan (kek span) :

120gm gula halus
10gm ovalette
4 biji telur gred A
130gm tepung kek / Superfine
40ml air
60gm minyak atau mentega cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat :
1 ) Satukan semua bahan (kecuali air, esen vanila dan minyak/mentega cair). Putar sehingga gebu. *pastikan telur masukkan satu satu ye. jangan masuk semua sekaligus *
Patu masukkan air bercampur esen vanilla. Putar lagi dan gaulkan minyak/mentega cair hingga sebati.

2 ) Tuang adunan ke dalam tin bulat bersaiz 9" dan dilapik kertas serap minyak. Bakar dalam ketuhar selama 45minit pada suhu 180'C.

3 ) Setelah masak, telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan sejuk.
*ni aku copy sebijik dari buku. biasa aku buat tunggu sejuk dulu baru telangkup. ikut laa ehh mana yang korang biasa. :) *



oke. dah siap kek span. jom teruskan misi kita. blueberry cheesecake here i come ! :D:D

Bahan-Bahan :
1 keping kek span bulat bersaiz 8"

Bahan A :
350gm krim keju
90gm gula halus
50ml susu segar kotak
5 sudu besar tepung jagung
3 biji kuning telur
1/2 sudu teh pes lemon
200gm inti blueberry (nak kurang or lebih pun boleh. hee )

Bahan B :
3 biji putih telur
20gm gula halus

Cara membuat :
1 ) Sediakan tin bulat jenis 'loose tin'

2 ) Hiris kek span pada dua lapisan. Masukkan selapis ke dasar tin. Jika besar, potong sedikit di kelilingnya agar boleh muat tin tersebut.

3 ) Bahan A : Putar keju dan gula halus hingga lembut. Masukkan kuning telur satu persatu, susu, tepung jagung *dalam kes ni gua letak tepung selang seli dengan susu*. Putar sehingga sebati.

4 ) Dalam bekas lain, putar Bahan B hingga kental. Masukkan adunan bahan B ke dalam adunan keju. Gaul sebati.

5 ) Tuangkan adunan atas kek span tadi. Masukkan air dalam sebuah tin atau loyang saiz 10" dan masukkan tin kek tad. Jangan lupa guna aluminium foil balut bahagian bawah tin kek agar air tidak masuk. Kaedah ni dinamakan membakar secara bain-marie *tapi mak aku cakap waterbath. xtau dua dua sebab baru belajar*. Bakar selama satu jam setengah pada suhu 160'C.

6 ) Setelah kek masak sejukkan dulu baru hias dengan inti blueberry okay.. ;)




pesanan penaja : untuk kek span, kalau korang rasa tak nak membazir korang boleh bakar kek span dalam loyang besar atau kurangkan kuantiti bahan untuk dapatkan saiz yang lagi nipis. so tak payah laa nak belah dua sebab nanti lagi selapis tu bukan guna pon. lain laa kalau korang ada plan lain nak buat dengan kek span lagi selapis tu. heee.

*aku ingat pasni nak buat blueberry cheesecake yang guna base biskut lah. hee. pasni resipi tiramisu okayy.*

sekian ;)



terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum wbt. :)


cuti yang lama tanpa sebarang kerja memang membosankan. dan kebosanan tu lama lama buat aku sakit otak pun ada. hoh. seriesly. duduk menghabiskan masa pun mendatangkan stress. so.. daripada selesaikan kerja rumah (well, actually xbyk mana yg aku buat lagi byk mkn tido kot. :P ) aku decide untuk buat benda yang aku suka. yeah. baking. aku rasa dah jadi salah satu hobi aku kot sekarang ? takat ni dah bape banyak biji kek aku buat. even penat sikit tapi aku suka kot. haha. yeah yeah. korang jangan terkejut kalau tiba tiba blog aku bertukar jadi blog resipi plak sebab aku memang akan share beberapa resipi kek yang aku dah buat. HA HA. jus for fun bebeh. dah nak raya ni aku nak try wat kuih raya plak kot dah alang alang ade kat rumah ni. iAllah. sila doakan yang terbaik untuk saya. hee :))


oke aku dah terlebih membebel plak kan.. haa. well, aritu aku da tunjuk pasal red velvet cubaan pertama aku buat kek selain kek coklat. hohoh. tapi aku juz letak link resipi kan. next aku try oreo cheesecake. yeahhh. teringin nak cuba lepas nampak dalam buku kompilasi hidangan berkeju keluaran alaf21. haha





*harap maklum gamba di atas bukan kek aku. aku amik kat internet je yang ada iras iras laa macam kek aku. :P *


*haa yang ni baru kek aku. gamba slice punye takde sebab ade dlm kamera lagi satu yang tak dapat nak masukkan gamba sebab takleh cucuk usb sebab kamera tu takde bateri n chargernye hilang. haa. panjang lebar amik kau. *



*first try agak memuaskan tapi tak laa sesedap secret recipe kann. hee *





oke. korang yang macam dah meleleh air liur tu boleh lap mulut sekarang and salin resipi ni. :))



Bahan Biskut :

200g biskut orea (dibuang krim dan dikisar)

70gm mentega (dicairkan)



Bahan Kek :

250gm cream cheese

250gm whipping cream

80gm gula halus

60ml air

15gm gelatin halal

3 keping biskut Oreo (dibuang krim dan diramas kasar)

krim biskut oreo tadi :)



Cara membuat :

1 ) Sediakan tin bulat jenis 'loose tin' (yang boleh bukak kat bawah)

2 ) Biskut : Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan gaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.

3 ) Kek : Pukul whipping cream sampai kembang dan pekat. (jangan lama sangat sebab nanti pecah macam aku. haha). pastu simpan dalam peti sejuk kejap.

4 ) Dalam bekas lain, pukul cream cheese, krim biskut oreo dan gula halus hingga kembang dan berkrim.

5 ) Sementara tu panaskan gelatin dalam air hingga cair. Biarkan sejuk baru tuang dalam adunan cheese tadi tu dan pukul sampai sebati. Pastu masukkan whipping cream yang korang dah pukul tadi dan pukul sebentar sahaja.

6 ) Biskut Oreo yang diramas kasar dimasukkan ke dalam adunan dan digaul rata. Tuangkan ke atas lapisan biskut oreo yang telah keras.

7 ) Dah siap semua korang kena simpan dalam peti sejuk selama 5 jam dulu baru hidang oke ? baru sedap kot. maaf i ikut direction resipi je. hihi.


oke dah siap. selamat mencuba ! next resipi will be blueberry cheesecake. wait n see ;)


sekian..




terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

04 June 2011

PROMO MALAKAT92

Assalamualaikum wbt. :)

dah dekat dua bulan berada di rumah. aku rasa otak aku pon dah mendap elokk je. bila dok rumah lama sangat pon memang emosi tak stabil ke hape. aku macam jadi pemarah ke dua tiga menjak neh. hoh. perlukan exercise kot :P

oke. oleh kerana kebosanan yang terlampau aku terpanggil semula untuk aktifkan diri di malakat92. agak agak korang bosan tak dari dulu aku dok sebut pasal malakat je ? hee. suka suki aku laa kan ? i mean yeah. sekarang aku nak kenalkan kat korang laa ni pasal malakat ni. especially untuk budak-budak tahun monyet yang sama dengan aku tu. tahun 1992. ayuh laa kita berkenalan dengan site forum neh :))

*klik gamba untuk ke malakat92 dan klik 'forum' besar tu untuk masuk :) *

oke. biar aku mula dengan sejarah macam mana aku kenal malakat ni dulu lahh. bila habis pmr aku mula join grp grup yg kat frenster neh. dan grup we are 1992 macam gamba kat bawah ni macam pisang goreng panas je lah time tu sebab semua teruja habis pmr kann.. ramai laaa yang mengonline. haa :)

pastu aku nampak topik YM . disebabkan zaman tu belum ade fb so ym ngn frenster memang femes habis laa sebelum myspace amik takhta. aku pun suka hati laa add je ym address ntah sape sape dalam tu. hohoh. ade yg aku tego ade yg tak. pastu aku dapat mail from vile dante a.k.a najmi yang mana owner merangkap admin merangkap tukang siapkan site malakat ni. dia suh join malakat. aku mcm pening je la kan. bukak bukak nampak benda alah macam kat bawah ni.

dah laa memang aku takde join forum sangat mase tu. campur plak sebelum site ni diorang ade wat malakat92 ipbfree. so ade antara members yang dah kenal lama. sebab dari apa yang aku tau members lama ni start kenal kat grup frenster tu jugak and diorang laa yang pakat pakat start dulu malakat92 ni. so aku macam agak segan dan tak tentu arah je nak masuk situ. tapi aku gigihkan jugak ape yang aku pening aku tny mie through ym sebab kt grup frenster tu memang dia dah offer diri sape tak paham tny dia :)
pastu aku beranikan diri mula posting kat situ laa ape sume. pastu lama lama aku mula dapat adapt kat forum tuh. aku jadi gian ouh. hari hari aku bukak. ternyata members lama sangat bekerjasama membantu members baru. cayalah korang ;)

banyak kelebihan aku dapat kalau korang nak tau laa sejak aku join malakat ni. okay kat sini ade macam-macam topik boleh bual. biasa la kan. korang msti cakap alah kat grup fb pun sama. *ouh, yang we are grup 1992 tu pon ade kt fb xsalah aku. :) *
tapi klu nak banding kat fb or frenster aku rasa pening kat sana. sebab macam terabur semacam. pastu nanti notifications start laa banyak gila and macam merimaskan aku. haha. sebab tu aku lagi suka lepak kat site malakat ni sendiri daripada grup kat fb. lagipun daripada pemerhatian aku bila kat fb or frenster tu macam rasa... macam mana aku nak cakap ehh. kiranya macam rasa perbezaan laa kalau yang dah lama lepak situ or yang aktif ke. tapi bila kat malakat aku rasa lain sikit. oke tak paham ? xpe lah. huhu. cuma aku tak berapa suka lepak kat grup we are 1992 sebab sana banyakkkkk gila spamming tak tentu hala pastu ada yang gado la bagai. pening kepala mak. sebab tu mak pindah pi malakat. hohoh. tahniah laa tulang belakang malakat92 semua. bangga dengan anda ! :D

pastu kawan kawan kat malakat aku rasa macam superb gila lahh. diorang macam pembakar semangat aku je kan. sebab ramai yang latar belakang skola agama, skola pandai2, pastu memang masing2 ade kelebihan yang buat aku kagum lahh dengan diorang. *clap clap* ^_^
so secara tak langsung banyak gila laa ilmu yang aku dapat. bukan nak cakap kat tempat lain takleh gain ilmu. cuma kat malakat lagi selesa sebab kita semua sebaya. so kita semua mudah nak berkomunikasi tu yang aku suka. kalau kat forum lain aku agak kekok and susah nak masuk sebab ada yang lagi tua or muda. bukan jugak aku ni memilih cuma aku lebih selesa berkongsi dengan rakan sebaya. :)

oke. aku rasa macam aku lagi banyak merepek ? aku ni kalau tulis panjang panjang nanti cerita berbelit pastu mula laa orang tak paham. sebab tu karangan aku lemah dulu. isi banyak elaboration lak kurang. hihi. maafkan saya rakan-rakan >.<
so aku rasa kita tengok satu-satu ape yang ade dalam malakat ni eh. ayuh :)

oke part reception desk tempat berguna especially buat korang yang baru join. kat sini laa kalau korang tak paham or ada pening pening lalat ke pasal malakat ni boleh review kat sini. agak agak still ade tak paham boleh tanya aku ehh. haha. bajet bagus :P

next, community zone korg boleh nampak laa yang semua topik diasingkan ikut kategori masing-masing. so takde laa macam serabut sangat kalau korang nak baca. kat sini jugak laa ilmu pengetahuan am aku macam bertambah je hasil perkongsian sahabat semua :)

nahh. kat sini pon korang bole spam banyak banyak kalau nak. tapi takde laa tak tentu hala macam kat grup frenster or fb tu. korang bole pegi celah 'lepak dan belasah' tu dan spam laa sebanyak yang korang nak. tapi jaga sensitiviti jugak oke. ouh, jangan lupa kalau baru join kenalkan diri korang dengan buat topik baru kat 'tell us abut yourself' tu. nak kongsi hobi n experiences pun memang boleh sangat kat area 'social & hobbies' tu. gila game, pc, anime, sume jenis orang ada kat sini. boleh share je opinion korang :)

kat celah 'request & sharing' ni pulak err. tengok laa sendiri. aku jarang sikit lepak kat sini. hohoh. tapi aku tau laa kalau korang nak request or share ape ape bole pegi sini download or upload :)

ouh. ni aku rasa budak laki minat laa kot. aku pun jarang jugak lepak sini. sebab aku tak berapa nak reti. tengok tengok sikit bole laabuat tambah ilmu kot kot ade. hee :)

haa. skin yang atas sekali tu memang original skin lah kalau korang masuk malakat. tapi kalau rase boring dan agak suram korang nak tuka skin, bole pegi kat bawah sekali yg ada RSS ngan english tu ? korang nampak kan. aku lupa nak bulatkan. hohoh.

ade laa beberapa jenis kalau nak tuka. korang pilih jela. macam bawah ni yang aku pilih :)

atau yang ni..

atau hitam bergaya ni..

atau merah menawan...

hahaha. dah macam ape dah aku promot ni. bunyi macam agak LAME je berforum ? tapi aku tetap suka. berapa lama korang tahan dengan fb tu ? aku pun lama lama dah naik muak dengan fb tu. sekali sekala bila dah taktau sangat nak buat ape korang bole je masuk jenguk jenguk sini. kalau rasa macam membuak-buak je nak join bole laa sign up. kalau tak jenguk je as guest. macam tak biasa kannn. hee

lagipun dapat tambah senarai kawan korang jugak. dan bukan calang-calang je sahabat kat sini. semua hebat-hebat. berbangga jap aku walaupun tak ramai kan yang kenal aku kat sana. haha.
sekarang pun malakat dah sunyi sepi. bape kerat sangat lahh yang dok masuk situ. ayuh la member lama kembali ke rumah pusaka. opah dan wan menanti kepulangan cucu cicit diorang tuh. hihi. lagi meriah lagi bagus :))



*aku rasa promotion aku bunyi macam tak menarik je kan sebab aku tak reti nak menarik orang ni. haha. tapi apa kata korang cuba je jenguk and usha usha topik2 kat sana. haa. :P
rindu malakat yang riuh rendah zaman dulu. hohoh*



terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

02 June 2011

MOVING ON :)



Assalamualaikum wbt. :)

mukala mala kili tala kala pulu. apeeee ponn tak bolehhh. *oke bahana maharaja lawak. takde kaitan sila abaikan. :)) *
well.. yeah.. moving on. u r totally have to move on nur laili. u'll regret it if u still don't change ur mind. haihhh. it's already 4 and half month. nothing changed me. juz as usual. people were easy telling me to do this and that. i told people i was okkaayyy but me myself found that was sooooo hard to forget a person. yeahh u r such a loser laili. you juz have to get rid the person that give an impact in ur life from ur mind. i guess so. hurm. a person whom u were doubting his/her sincerity at first and make u fall in love with him/her and lastly broke ur heart. okayyy ini bukan entry jiwang ye laili. maybe because it's already June and things happened in June was so memorable one for me. naahh. aku merepek aje. kepala ting tong sekarang. :P

ohh and actually aku nak share some pictures quotes pasal moving on dengan korang. yang aku rasa agak semangat sikit laa bila aku baca. i found it on tumblr of Maryam and Maziah. hee. aku pinjam ye korang :)) and before that wanna share a quote that i realllyyy lovee created by maziah. aku setuju dengan dia. :)


NAMA SESEORANG ITU AKAN KEKAL DALAM INGATAN ATAS DUA SEBAB. DIA PERNAH MEMBERI ; BAHAGIA ATAU DERITA.













*errr. i admired demi lovato :) *



*those pictures are my feelings. no offense. dan maafkan jua atas penggunaan bahasa yang tak seimbang. aku.. malas nak fikir. sekian :) *







terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

01 June 2011

3 campur 1 = Satu by Ana Farhana

Assalamualaikum wbt.. :)

A bit review on this novel yang telah deterbit tahun lepas lagi tapi aku baru baca sebab Nadiah anak cikgu Manaf bagi aku pinjam. hee. not bad sebab aku tengok dalam 4bulan sejak Oktober 2010 novel ni dah berjaya dicetak sebanyak 3 kali. agak memberangsangkan. sekarang dah Jun 2011 so agaknya dah bape kali ekk ? huhu

takde sinopsis untuk novel ni sebab aku malas nak taip plot by plot. cuma aku leh cakap about 3orang abang yang sangat baik dan caring terhadap adik perempuan diorang dan telah merancang supaya adik diorang dapat jodoh dengan lelaki yang baik. so sweet. aku sangat jeles sebab dari aku kecik aku mengaku aku nak sangat ada abang yang protective. abang yang melindungi seorang adik. aww~ maybe sebab aku takde abang dan ada 3orang kakak plus kawan-kawan sekeliling aku ramai yang ada abang dan diorang rapat dengan abang diorang tu yang membuatkan aku punya keinginan macam tu. hee.

ohh aku pun nak share quotes or dialog or ayat yang aku suka dalam novel ni. agak banyak laa so korang jangan nak gelakkan aku. hee. basically novel ni santai and lepak je. that's what i loike ;))



"Aku tak setuju dengan kau, Ngah. Memanglah kita ni tak boleh masuk campur, tapi kita ni kan abang dia. Aku sayangkan Rin dan aku tak nak dia terus dibuai perasaan yang bukan-bukan. Aku tak mahu Rin terus-menerus menunggu Zakuan tu. Dia berhak dapat lelaki yang lagi baik. Aku rasalah kan, kita kena buat sesuatu," ucap Along bersemangat.

"Ini adik kitorang, princess dalam hati kami. Sebab tu kami nak terbaik untuk dia. Kalau kau rasa kau mampu nak jaga dia, bagi perlindungan pada dia, kita teruskan rancangan kita. ....... "

"Only four words for you," ujar Hakimi. Khairina kerut dahi.
"One-four-three-seven...."
"One-four-three-seven? Apa tu?" soal Khairina. Blur.

"Rin, mungkin perkenalan kita dirancang, diatur, dilakonkan, tapi perasaan dalam hati saya ni, perasaan yang benar. Saya bukan seorang lelaki yang inginkan seorang wanita yang sempurna kerana saya juga bukan sempurna orangnya, tapi saya ingin bina kesempurnaan itu bersama-sama dengan orang yang saya sayang. Dan orang itu adalah awak Rin."

"Kau tahu Along tu tak kahwin sebab dia nak kau kahwin dulu. Dia tu sayang kat kau. Tapi kau tuduh, abang kita yang paling baik tu nak menjahanamkan hidup kau. Adik apa kau ni? Bukak mata kau Rin. Berhenti berfikir yang bukan-bukan fasal diri sendiri. Hidup ini adalah untuk pandang ke hadapan, bukannya asyik memandang ke belakang. Aku tak tahu macam mana adik aku yang pandai boleh bertukar jadi bengap dalam soal macam ni."

"Cinta memang menjadikan kita bahagia, Hani, tapi cinta tak semestinya juga untuk dimiliki," ucap Khairina berlalu pergi.

"Sorry, Kimi. Kalau bukan sebab pelan bodoh ni."
"Tak Long. Ini namanya takdir. Takdir yang bawa aku berkenalan dengan Rin. Dan dia merupakan episod satu-empat-tiga-tujuh aku..."
"Satu-empat-tiga-tujuh? Apa tu? Nombor ekor?" soal Along bodoh-bodoh.

"One-four-three-seven tu maksudnya I love you forever." sampuk satu suara. Along dan Acik tersentak. Sama-sama berpaling ke kanan. Seorang gadis tersenyum memandang mereka.

Susahnya apabila kita dah mula menyayangi seseorang. Walau sekuat mana pun kita cuba untuk melupakan namun kalau hati masih teringat, semua itu menjadi sia-sia.

"Life is about risks and it requires you to jump," sambung Acik lagi dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Sekiranya dia bukanlah jodohku, Ya Allah, hilangkanlah dia jauh daripada pandanganku. Hilangkanlah dia daripada ingatanku. Padamkanlah dia daripada hatiku, Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk melupakannya.
Tapi sekiranya dia jodohku, aku pinta semoga hubungan kami berkekalan. Semoga terbuka pintu hatinya. Semoga dia sedar bahawa aku sayang padanya. Semoga rahmat-Mu sentiasa bersama-sama kami.


*yang aku senget and boldkan tu adalah yang paling aku suka. ohh yeah. secara amnya membaca novel ni membuat aku berfikir. yess. sekian :) *




terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com