29 July 2011

FASA KEHIDUPAN N.L.A.L : Hidup Penuh Kegembiraan :)

Assalamualaikum wbt. :)



first sekali aku nak cakap awal awal entry ni adalah entri syok sendiri aku. fasa kehidupan means aku nak cerita macam mana hidup aku sebagai nur laili bermula dan akan ada beberapa entri tajuk sama lah sebab setiap fasa adalah fasa yang berlainan dalam hidup aku. macam dah lama kot aku tak buat entri syok sendiri. yeke ? ntah. haha. sebab macam takde kerja so aku saja nak cerita pasal life aku. untuk share pengalaman hidup. bukan ke hidup ditambah pengalaman menjadi keajaiban ? wahh. HAHA. plus untuk aku baca sendiri jugak. i repeat. sendiri. dan mungkin ada laa aku dedicate kat kawan kawan nanti. kalau korang nak baca pun takde sapa nak marah. especially buat yang rasa rasa nak kongsi hidup ngan aku nanti kan. senang nak kenal aku. bhahahahh :P menyampah nak baca pun boleh tekan 'X' kat atas kanan tu. no offence. hihi.



hidup aku sangat penuh dengan suka suki lahh masa kanak kanak. sangat heaven gila woahh. aku rasa bukan aku jelahh. korang pun sama je kan. sapa tak suka zaman riang ria dulu. kalau tanya sorang sorang semua nak balik masuk tadika semula. hee. tapi tu semua mustahil lahh wehh melainkan kalau korang kenal baik dengan abang hiroshi fujimoto tuhh. yang repair moto sebelah rumah korang tuu. :D:D

aku mula dengan menangis, ketawa, merangkak, berdiri, berjalan, semua tu dekat Penang. special thanks untuk mama dan abah yang tak pernah putus layan kerenah aku yang gedik gedik je masa tu kot. haa. ingat lagi macam mana abah libas aku and adik aku dengan getah paip. sebab kitorang balik rumah nak maghrib lepas main. tu lahh kali pertama and terakhir abah rotan kami. bersyukur sangat sebab lepas tuh dah tak berani nak balik pas meghrib and alhamdulillah sampai besar ni terdidik elok oleh mama and abah tanpa kekerasan. paling sakit pun kena sekeh dengan abah laa kot. tu pun sebab salah sendiri. haha. so glad I am born as their child :)


masuk pula part pendidikan. kalau ikut cerita mak aku, aku dah start masuk nursery masa umur aku 2tahun kot. wuhuuu. dasat tak dasat. masa tu mak aku kerja lagi so biasa laa kan. heh. dan aku semakin membesar dan sambung tadika kat tempat sama. my lovely D'ladybird kindergarden. sampai umur aku 6tahun kot aku kat sana. punya laa gila setia aku kat sana sampai asal balik tadika je nak bukak cerita tamil. haha. *owner tadika ni hindu mari punya n ramai india kat sini :)* pastu aku macam terer speaking sikit lahh masa ni sebab kat sana memang cakap omputeh. belajar baca n cakap pon omputeh. memang banyak ahh nursery rhymes aku belaja kat sini. tu yang bila besar aku nyanyi ada kawan kawan aku cakap tak penah dengar. sedihh jap takde geng. huhu.

aku ingat lagi adik aku pun pernah belaja kat sini tapi tak selama aku laa. aku pernah gaduh dengan classmate aku sebab dia dengan adik dia kuang hajauu kott. adik dia selalu buli adik aku. and aku sebagai kakak mithali mesti laa nak protect adik aku kann. ehemmm. HAHA. kecikk keciikk dah gaduh. ish ish. pastu kat sini laa cd Barney kesayangan aku patah sebab budak mana ntah berebut rebut. huh. pastu belaja berenang, mandarin, n macam macam lahh. fun gila bila ingat balik. huhu.

lagi , zaman ni jugak laa aku kenal kawan baik aku sampai sekarang, Wan Nur Fatin Afifah :)


aku kenal masa aku pindah rumah time umur aku 6 and dia plak jiran aku masa tu. plus ayah dia n ayah aku kenal and kami sama sama sekampung kat jerteh tu. tu yg macam bole rapat kott. hee. seorang girl yang cantik, secomel chicken little, baik, lawak pun ada kadang kadang. haha. n she had been the best friend of mine selama ni. sangat appreciate dengan ingatan dia kat aku. walaupun kami dah lama tak jumpa tapi contact tu perlu. and bila sekali kitorang gayut, memang macam tak hengat lahh jam tu bergerak rupanya kann. haha. ingat zaman zaman main kat rumah dia. main basikal, bola jaring, lepak lepak, main pusing sampai pening kat tiang dalam rumah dia *rumah dia sangat besar woahh. haha.* mandi sama sama. aku ingat hang ajaq aku tips nak rambut panjang aten. HAHA. aww. rindu kenangan tu semua. sobs :(


ateeinnngggg. thanks for being my bestfriend. walaupun kita jauh wehh and dah jarang nak share things tapi at least hang tetap ingat aku as kawan baik hang. thanks a lot wehh. ikutkan dah 12 tahun kot kita berkawan. lama tuhh. rindu sangat kat hang. all the best to you. semoga berjaya dan bahagia bersama dia. aicehhh. haha. lots of love ^_^









*bersambung......
terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

23 July 2011

AKU HIDUP UNTUK CINTA



aku nak yang penyayang.. aku ada Rahim..
aku nak yang boleh melindungi aku.. aku ada Muhaymin..
aku nak yang boleh dengar semua masalah aku.. aku ada Sami'..
aku nak yang adil.. aku ada 'Adl..
aku nak yang lemah lembut.. aku ada Latif..
aku nak yang sopan santun.. aku ada Halim..
aku nak yang bijak.. aku ada Hakim..
aku nak yang kaya.. aku ada Ghaniy..







ya.. aku ada Dia yang tak dapat ditandingi oleh siapa siapa.

Dia cinta aku selamanya. 

Dia yang Maha Penyayang, 
Maha Pelindung,
 Maha Mendengar,
 Maha Lemah Lembut,
 Maha Penyantun,
 Maha Bijaksana,
 Maha Kaya Raya.

Dia yang Maha Pencinta, yang sentiasa mencintai aku walaupun aku selalu terlupa pasal Dia.

Dia yang Maha Pengampun, yang sentiasa sedia mengampunkan dosa dosa aku.

Dia yang Maha Mengasihi, yang sentiasa mengasihi aku dengan nikmat Dia.

Dia lah Pencipta aku. Dia pemilik nyawa aku. Dia pemerintah aku.

Allah azza wa jalla. Tiada yang lebih sempurna daripada Dia. 

Dia Cinta yang Abadi. Cinta yang Hakiki.



Ya Allah. Bimbinglah aku untuk mencintaiMu sebagaimana para mukminin mencintaiMu. Aamiiin..


terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

Kek Tiga Rasa :P

Assalamualaikum wbt. :)

yeay yeay. dah lama tak buat kek. hihi. ni pun buat sebab mama suruh. boleh? haha. nahh persembahkan kek tiga rasa~~ why tiga rasa  sebab aku tambah perasa rose, lemon, and pandan dalam adunan kek ni. ideas by my beloved mom. kalau tak aku ikut je resipi sebijik sebijik. hee. tertarik nak buat kek ni sebab sangat cantik ! macam marble kek tapi macam kek lapis pun ade sebab ade choc layer tu. huhu. 




kalau korang pun macam tertarik nak buat, boleh pegi blog kak hasue ni untuk resipi okayy ;)



terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

16 July 2011

AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU ^_^

Assalamualaikum wbt. :)

hello people. ehem ehem. cuaca yang cool je kan sekarang. tapi sekarang jerebu jadi jangan lupa jaga kesihatan. hihi.

ehh result upu dah keluar lahh awakk. wah wahh. seronoknya tengok semua dapat masuk u. tahniah ye semua. ekekekk. and sori la kepada yang bertanya dan menunggu jawapan aku. sebab hari ni aku macam sakit otak sikit. stress bila nak cek surat tawaran kat website unimas tadi. aku ingat web tu problem. sekali aku yang problem sebab ingat hari ni 16 julai. padahal betul laa web tu kata surat tawaran boleh semak start 16Julai 12tghari. patut laa surat nya tak keluar keluar. aku yang pening gedik nak stress sebab salah tarikh. so tak pasal pasal macam malas nak jawab soalan korang satu satu. haha. SORRY ! :D

okayy laaa. jeng jeng jeng.........













cantik tak cantik tak ? oke aku tau dah macam kawasan perindustrian. utm lagi cantik. hahah. tapi kat sini laa aku bakal bergelar mahasiswi. insyaAllah :)


Tahniah !
Anda berjaya ditawarlan ke program pengajian seperti berikut :

Kod Program : WA12

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (
takyah tau. hihi)


IPTA : UNIVERSITI MALAYASIA SARAWAK (UNIMAS)




hahah. terima kasih laa banyak banyak kat sape yang mendoakan aku dapat UMS sebelum ni. alhamdulillah dapat jiran dia. Lol -.-"

oke jujur aku cakap mula mula aku dapat reply sms tu memang terkejut habis ahh. macam hah ? aku prefer sabah dari sarawak. sory sarawakian. bukan maknanya aku tak suka korang ehh jangan salah paham. hehe. cuma sebab aku suka gunung kinabalu kot ? HAHA.

tapi dah lamaaaaaa tu aku macam pesan kat diri sendiri "laili, kan kau dah janji nak reda je dengan apa Allah bagi. jangan merungut." so aku reda dan yoah. wait for me yaww sarawak. plus walaupun pilihan ni takde dalam senarai tapi kos yang dia bagi lebih kurang macam dalam 8pilihan aku laa. ayah aku cakap lebih kurang macam human resources. dan aku pun dah pi tengok subjects untuk kos aku ni tadi. not bad. iAllah. peluang pekerjaan dengan kerajaan banyak. HAHAH

jauh tak jauh. gila tak jauh ! tak pernah aku mimpi aku nak pi sejauh ni walaupun dulu aku pernah berangan jap nak pi asasi unimas. haha. tengok apa yang nak dulu sekarang aku dapat. see. Allah tu maha Mendengar ya rakan-rakan. sekarang korang tak dapat. esok lusa korang dapat laa. hihi. lagipun ni ujian untuk aku kot. dulu aku pernah cakap dengan member member aku "aku rasa macam taknak pergi belajar jauh jauh laa. aku takut jauh dengan family aku nanti aku buat benda tak senonoh pulak." haha. macam ngok ngek je. tapi tu laa yang aku pikir. dan Allah bagi aku unimas. maknanya Dia nak uji aku laa kan. harap harap Dia selalu lindungi aku. Aamiin.

jadinya.... ye. aku dah kembali bersemangat. aku dah bersedia yaww. jauh berjalan luas permandangan. cewahh menyampahh mak. ada sape sape nak kirim ikan terubuk masin ? hihi ;P


*aku memang suka update time takde orang online. haha :P *

sekian..




terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

13 July 2011

Breaking up the Lazinessss

Assalamualaikum wbt. :)


see that ? diri aku rasa dah macam kucing atas ni dah. sooo steamy lazy mazyyyy. tengok lahh bila last aku update blog ? dah 3minggu lebihh kott. haha. well actually sebab keberangkatan aku ke penang tak mengizinkan aku untuk online. tapi sejak duduk rumah makcik aku after seminggu kat penang, hari hari aku online. cuma macam malas nak update and takde masa nak update. hari hari aku teman makcik aku pegi hospital. kesian dia. penat drive, urus anak anak. aku takat tolong mana yang mampu je lah. buat apa pegi hospital ? tolong mop lantai. hee. nahh. pakcik aku merangkap adik mak aku officially jadi penghuni ICU GH pulau pinang 3 minggu lepas sebab denggi. dahsyat kan. tak sangka denggi teruk macam tu sekali. sebab denggi ni virus yang sangat bahaya dan dia boleh pegi attack sume sistem dalam badan. so beware okay. pakcik aku tu pun lepas 3 minggu kat ICU baru semalam pindah masuk wad biasa. sila doakan dia cepat sembuh oke. sayang korang ^_^

hari ni pun aku rajin rajin ayam jenguk blog aku. macam kesian kat dia pun ade. sejak ada twitter aku abaikan dia. haha. tu pun sebab aku rasa dah semak dengan blog aku kot. rimas lak rasa tengok bintik warna warni tuh. so... tengok lah. style blog pun aku dah tukar. header ? the simpler the better. sebab tiba tiba aku rasa macam sesak tengok header lama aku tuh.>.< jadi... bila diri sedang rajin apa kata buat apa yang patut. hihi.. dan aku akan cuba lah teruskan mengupdate. insyaAllah. perkara perkara yang boleh dimanfaatkan oleh semua. doakan jelahh ehh. :D

todayy 13th of July. bila aku tengok kalendar dah 12 minggu aku cuti. 12 minggu sama dengannnnn 12 bahagi 4.. 3 bulan bebbbbb. 3 bulan tanpa sebarang job. pehhh. ouh not forget to mention aku pernah menjual kek sebulan yang lepas dan hasilnya masih dalam simpanan aku. Alhamdulillah ^_^ *oke tetibe alih topik* yeszzzaaa. that is the reality me, and almost of my friends facing it. oh myyy. im sick im sick. tak saba nak nak masuk u sambung belajar niiiii. result upu jumaat ni. sangat mendebarkan ouhh. aku harap aku dapat apa yang nak. aaminn.

but then, thinking on the positive side.. aku rasa jobless sepanjang ni bagus jugak untuk aku yang lemah iman ni. tak faham ? masa ni la nak mantapkan apa yang kurang dalam diri kita rakan-rakan. yeahh. satu, mantapkan iman. banyakkan buat benda yang dah lama kita tinggal. contoh, mengaji. kat matriks dulu... boleh kata seminggu berapa kali je kot mengaji. tu pun lepas maghrib je. kalau rajin tiap tiap hari. kalau ak, ikut dan je. so bila dah banyakkkkkkkkkkkkk masa ni. aku cuba untuk mengaji setiap kali lepas solat. means, 5 kali sehari. 5x7 = 35. 35x4 = 140. 140x3 = 420. nampak ? kalau aku praktikkan betul betul 3bulan je dah 420 kali macam tu la average dia. tak campur dengan hari Allah Bagi Cuti ehh. haha. insyaAllah. semakin dekat kita dengan al-Quran, semakin dekat kita Allah. pastu bila hari hari online takkan hari hari bukak facebook je. so bukak laa mana mana artikel atau video yang boleh mantapkan akidah. berusaha ke jalan Allah itu yang terbaik kan. ^_^




dua, mantapkan pengetahuan. dah duduk terperap kat rumah korang tak reti nak baca surat kabo, tengok berita ke ? haha. tapi jujurnya, aku pun dah tak suka nak baca paper or tengok berita sekarang. jawapannya ? aww kontroversi yawww. haha. biarlah awan biru bawa pergi. oke dah start merepek. so ape info semasa ke aku prefer internet. at least lagi banyak benda boleh explore berbanding berita dengan paper je. isu semasa aku dapat, ilmu pun aku dapat.

Barangsiapa yang membuka jalan kepada menuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga' (Sabda Rasulullullah SAW)

insyaAllah :D

tiga, mantapkan skill atau kemahiran. bila cuti lama tak kerja. macam macam boleh buat kan. macam aku duduk rumah buat kek. ada yang jadik driver tak bertauliah adik adik or parents diorang. ada yang jadi bibik sementara. ada yang pergi kursus itu laa kursus ini laa. yang buat bisnes pun ada. kalau kerja korang ada masa nak buat ? harap tunggu gaji ujung bulan je. tu pun bukan belanja aku. haha. at least yang tak kerja tu boleh lah harap sikit kat kemahiran kita tu ye dakk. insyaAllah. takleh riak. nanti Allah tarik. huhu. yelahh tu semua pengalaman hidup kita jugak di samping tanam anggur tak jadi tepi jalan. :)

haaa. tiga je kot pemantapan yang aku boleh bagi untuk sahabat jobless. sebenarnya aku dah takde idea. takut tulis panjang panjang nani korang tak paham. sebab karangan aku selalu keluar tajuk kot zaman dulu. hihiks. *IC aku 07 di tengah. macam taknak balik johor. nak stay penang boleh ? really have my soul in this place. huhuks*

*credit pictures to muslim devianart*

till then, thanks for reading. wassalam. sekian :)




terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com