17 August 2011

BUKA HATI BUKA MINDA

Assalamualaikum wbt. :)

------------------------------------------------------------------------------------------

Anon : Eh , asal kau mintak Sarawak ahh ? Jauh sangat.

Aku : Mana aku tau dah dia bagi tu aku amik je ahh.

Anon : Yeke ? Mesti ada selit jugak last last choice tuh kan.

Aku : Takde ahh. Aku tak mintak Sarawak langsung pong. Aku mintak Sabah ade ahh.

Anon : Laa yeke? Pointer kau berapa ?

Aku : Hah ? Ade ahh. Tak banyak mana pon.

Anon : Patut laa kena lelong.

Aku : *hohhh?* Mana ada laa sehh. Aku dapat kos memang related dengan pilihan aku kott. (dalam hati dok bersabar)

Anon : *buat muka sambil sambung cerita pasal kawan kat Sabah*

------------------------------------------------------------------------------------------

err ada kaitan ke dengan title aku ? well actually ada kot sebenarnya. situasi kat atas bukan sekali je pernah jadi kat aku tapi lebih. walaupun lebih ramai yang bagi support tapi hati aku tak terkecuali dari rasa something dengan orang yang berfikir macam Anon tuh. kalau ye pun aku kena lelong perlu ke cakap terang terangan ? -_______________- """"

like seriously, kenapa kenapa kenapa ? apa masalahnya dengan sarawak ? dengan unimas ? sebab ranking dia celah belas belas ? bukan ranking top 3 ? sebab kos kat sana nampak macam yang hado hado je ? bukan kos yang nama gempak gempak tuh ? heh. harus ke berfikiran macam tu. berfikiran yang semua yang dapat unimas adalah pelajar pelajar lelong. pelajar pelajar biasa biasa je. pffft. fyi, ramai je bakal unimas yang aku kenal yang pointer boleh tahan tinggi kot. hah. kalau yang macam tu orang tanya pulak "kenapa pegi unimas ? kenapa tak pegi um ke utm ke" adododododoiiii. memang orang kita tak boleh dipisahkan dari berfikiran negatif dan menyanjung yang fofular je ehh.

kamon la guyss. open up your minds. memang aku tak nafikan belajar kat tempat tip top adalah satu advantage untuk kita. tapi tak semestinya kau belajar kat tempat tip top kau boleh pandang rendah kat orang yang belajar kat tempat top tip. dan tak semua orang tip top tu pandai dan bukan semua orang top tip tu bodoh. sebab tanpa kau sedar orang yang belajar kat tempat top tip tu sebenarnya lagi hebat dari kau. serious. ini pesan abah aku, guru aku, dan pengalaman yang aku tengok sendiri. bukan aku saja reka. orang yang pandai bagi aku adalah orang yang penuh sifat tawadduk dan tak sombong dengan anugerah yang Allah bagi dia. dan kalau korang rasa belajar kat tempat hado hado tu memalukan, perlu ke cakap depan depan orang tu ? cakap dalam hati sudah laa. kadang kadang jujur sangat pun rasanya tak perlu kot kalau menyentuh sensitiviti dan aib orang lain.

*oke dia memang hebat :D *

aku pernah jugak hadapi situasi macam ni masa zaman sekolah dulu. form 1 sampai form 3 aku sekolah kat SMK Taman Skudai Baru yang lebih dikenali sebagai TSB masa tu. bila form4 aku pindah sekolah dan mereka bertanya aku menjawab, reaksinya lebih kepada "ouhh tempat setan bergantung. " *sambil buat muka* ahh kau. ingat dah sekolah masyuk diri masyuk jugak ? oke maaf. tapi bagi aku orang macam ni adalah orang yang sombong. sebab dari pengalaman aku, kawan kawan aku yang kat sana sampai form5 semuanya berjaya sampai sekarang dan inshaAllah masa depan cerah walaupun diorang belajar kat sekolah yang kononnya sekolah samseng dan buangan. see? diri sendiri lebih banyak main peranan dari tempat.

dan aku sendiri tak faham kenapa kita kena lebih bercakap yang negatif daripada beri kata kata positif untuk merangsang semangat seseorang. dan kenapa kita kena pandang rendah kat seseorang bila kita berada di posisi lebih tinggi. sedangkan kita kena sedar kalau tak ada yang rendah, kau tak akan tinggi. tak faham ? buka hati buka minda. iAllah anda dapat jawapannya. bukan lahh aku bagus mana nak cakap macam ni sebab aku sedar sape aku. kadang kadang aku pun tak lepas daripada berfikiran negatif ni. tapi itu lahh. kita kena sedar. tak semua orang sempurna. diri sendiri belum tentu sempurna tak perlu nak pandang rendah pada orang lain. wallahualam.



Alhamdulillah 17 Ramadan sudah. selamat menyambut Nuzul al-Quran. teruskan usaha gandakan pahala. *wink*




terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com

08 August 2011

AYRA RAMADHANI :)

Assalamualaikum wbt . :)

selalu macam ni. bila aku tengah excited nak meriahkan blog aku internet seakan akan dengki dengan aku. lepas tu harapan aku hancur lebur punah ranah macam tu je. fasa kehidupan NLAL terbengkalai. ahh takpe aku tak pernah cakap aku akan update hari hari kan. *okay ayat bajet gila macam ramai readers. booo ! -.-" * aku biarkan dulu idea mencurah untuk fasa kehidupan NLAL seterusnya. jadi aku update dulu pasal latest news yang sangat sangat sangat buat satu family aku happy. ahah.


Ayra Ramadhani Muhammad Ammar :)

dilahirkan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadan 1432 Hijrah *psst, sebab tu ada selit ramadhani kat nama dia. aicehh * ye anak, anak buah, cucu, cicit sulung dalam family kami. hihi. kelahiran comel buat Muhammad Ammar Abdullah & Nurriza Ab Latif. tahniah ye semua tahniah. terutama buat anak anak Ab Latif. anda kini dah ada anak ! termasuk laa aku. belum kahwin dah jadi mama. weeehuuuu. seronok tak hengat. :P

okay mungkin ada yang akan keliru kot. sebelum ni aku cakap kat fb aku dah jadi 'ummi'. tapi disebabkan ketamakan dan kecelaruan identiti yang ditimbulkan *ayat nak gempak je* maka tak jadi lahh 'ummi' tu. sekejap ummi laa cik laa untie laa. kak ila kata taknak laa ummi. dia nak anak anak dia panggil ummi. kalau kitorang sume guna ummi tak best lahh. cehh hakk tuihh. haha. jadi kembali laa ke plan asal kami di mana kak ila as ummi, ebby as ibu dan aku sebagai mama. *panggilan yang sama untuk anak anak kami kelak. hihi* ouh tak lupa ariff as paksu. aku rasa ayah su lagi sedap kot ? hehe. dan semestinya mummy dan daddy buat tuan ammar dan puan nurie. hohoh. *ayra ayra. ayah mu pak ustaz last last panggil daddy. hihi. gurauan sahaja maaf :P *

muka bahagia mummy & daddy ayra :))

tok ma & tok abah yang paling eksaited dengan kelahiran cucu sulung ;P

ayra with ummi :)

ayra with ibu :)


*gambar ayra dengan mama takde sebab mama low profile. HAHAHA *


ayra ahli baru kami. sangat seronok. kerja dia setakat ni tido bila kenyang dan menangis bila perlu. jarang nak tengok dia celik. hehe. menangis pun mata pejam je. budak yang sangat tembam ikut mummy dia zaman kecik dulu *zaman laa pun sama jaa* dan rambut yang sangat lebat. yup. tu keistimewaan dia. setiap orang yang datang jenguk dia mesti keluar ayat sama. "Subhanallah. Lebatnya rambut diaaa !! " hihi. dan rumah kami meriah dengan tangisan dan rengekan ayra sekarang. syukur alhamdulillah. ayra, cepat besar ehh pastu mintak mummy ngan daddy adik lagi sorang dua. kui3. ;)))



lihatlah betapa khusyuk dan tawadduknya ayra dalam mimpi :)





sekian itu sahaja dari kami. ada jodoh jumpa lagi. terima kasih semua kerana sudi jenguk ayra. sekian wassalam ;)




babai koranggg ^0^


*credit pictures to MR MAA & MISS ZILALA :) *


terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)

www.tips-fb.com