Assalamualaikum wbt. :)
sejujurnya, dah lama entry ni dalam draft aku. disebabkan kekangan lalulintas internet dan masa terpaksa aku biarkan sampai aku dah lupa apa aku nak cerita. weehhuuu. =.="
basically ekspedisi kedua ni kami gunakan sepenuhnya untuk kumpul maklumat sebanyak mungkin sebab minggu lepas tu kami pegi makan angin je kann. hehe. jadi minggu ni kami fokus on finding informations dan semestinya kalau nak cari maklumat kita kena laa pegi jumpa orang atasan diorang kan. so kami prepare untuk jumpa pegawai daerah Lundu dengan ketua kaum Kg Biawak. tapi bijak sangat tak buat appointment dengan pegawai daerah tu. ketua group aku plak bila aku tanya cakap "takpe. redah je. orang lain buat camtu pe." haishhh. kita ikut je laa cakap boss. untuk ketua kaum lak memang kitorang dah janji dengan kaunselor merangkap orang penting Kg Biawak. jadi tak perlu nak pi serbu ketua kaum pulak. ngeh3
wayyyyyyyy we goooo. yahhh. tengah jalan jam aku baru ingat aku tertinggal surat. erk ! cuak gila takut bos marah. uhuuuuu. terpaksa laa boss patah balik lepas dah nak dekat setengah jam jalan. sorry boss !!! >.<

*kalau haritu awan cantik harini kami datang scene pun cantik jugak. kabus kat bukit. sangat nice ^_^ *

sampai pejabat daerah Lundu pas dekat 2jam lebih kot jalan. kononnya nak jumpa pegawai daerah tapi dia takde ade hal kat Kuching. ahaa padan muka sape suh tak wat appoitment. tapi nasib baik gak sebab aku cuak kot nak jumpa orang orang atas ni. takut kena marah, kih3. pastu jumpa pegawai tadbir je laa. amik laa input ape yang patut. terima kasih laa semua staff Pejabat Daerah Lundu sebab semua bagi kerjasama baikkk punyaaa kat kitorang walaupun kitorang ni student uni je. mesra alam lagi youuu. takde yang muka masam. semua senyum jeeeeee. :D


pastu dah habis interview kat pejabat sempat lagi masing masing nak shoot latar belakang bukit tuhh. ahaaa. bukan senang okayy nak jumpa scene nii. :P
ketua group a.k.a. boss yg banyak membebel :P
secretary tak rasmi kami. keh3
ni......ummi kami kot ? haha
yang ni wartawan rasmi :))
yang ni pembantu wartawan rasmi. ngeh3.
aicehh aicehhh. cover je boss. hik2 :P
ehemmmm. :))
pastu kitorang pegi pekan Lundu sebab kaunselor Kg Biawak tadi nak jumpa kat sana je. terbaik ahhh. masa interview dia, dia bawak sekali member sekerja dia. interview diorang aku rasa macam press conference wehh. haha. ape semua info kitorang nak kitorang dapat. dah tu diorang ni sporting je kott. takde laa stress sangat wehh. ahaa.
habis interview diorang ajak kitorang makan dulu. akak (akak ke. hehe) atas ni belanja kitorang nasi ayam penyet. Alhamdulillah kenyang kitorang yang tak makan dari pagi nih. hehe. daebak daebak.
lepas makan pegi solat dulu then teruskan perjalanan pegi Kg Biawak. bermulalah ekspidisi yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal okayy. haha. dah janji ngan tuan kaunselor nak jumpa kat sana. dia tolong kitorang jalankan survey dengan penduduk Kg Biawak. kan aku cakap senang kerja ngan diorang ni. Alhamdulillah. :))

dapat interview, dapat air free. ngeh3. plus sepanjang kami kat sini tuan kaunselor belanja kitorang. Alhamdulillah kitorang jimat belanja makan haritu. tadi nasi ayam penyet, pastu air, pastu petang sebelum balik dia suh kitorang singgah kedai makan orang Islam kat situ makan mi goreng. hee. kenyang. tak macam sebelum ni kitorang berlapar je :P



aku ada cakap kan dalam post lepas yang Kg Biawak ni dah dekat sempadan indonesia ? dalam interview dengan tuan kaunselor dia ada cerita kaitan ekonomi penduduk Kg Biawak dengan pembinaan CIQ ni. so dia bawak kitorang pegi tempat ni. interview sekali sorang dua pegawai kastam kat sana. ahaaa. excited jap wehh. dah laa waktu kat port imigresen nampak lelaki hensem. kitorang yang pompuan ni terpana laa kejap. boss yang tengah driving panas jekk. HAHA. jeles letewwwww kitorang usha laki hensem. kih3.sampai situ kitorang bergambar je. kalau ada jual jual kat kawasan zon bebas tu dah lama aku shopping. tapi tuan kaunselor kata skang dah takde. dulu ada laa. ada sekali tu boss ngan secretary pegi jalan jauh lepas pagar tu snap gambar. sekali tuan kanselor suh kitorang panggil diorang sebab takut jadi apa apa. haihh berani sangat korang ni. kena tembak kangg baru tau. hehe.
pastu pegi habiskan interview then cepat cepat bertolak balik sebab dah nak maghrib. nanti nak keluar jalan tu payah sebab gelap. uhuuu. kalau tak tuan kaunselor nak bawak kitorang naik rumah panjang tapi tak sempat sebab orang orang rumah panjang belum balik. dia kata biasa diorang balik lambat kul 6 or 7. memang tak laa kitorang nak tunggu sampai kul 7 merana kitorang nak keluar dalam gelap nanti. kul 7 tu pun dah gelap gilos sampai boss tersalah jalan. fuhhh nasib baik dapat diselamatkan. Alhamdulillah. takpe lah takde rezeki kitorang nak naik rumah panjang kali ni. ada lagi bape taun kot nak dok sini. chill dulu. hehe.
weehuuuu. selamat jalan Lundu ;)
*Dah lama rasanya tak buat review novel.
pasni nak review novel laa kejap. eheee. :D*
terima kasih daun keladi jangan lupa datang lagi :)